6 Tip Hidup Tenang
1. Belanja Kurang daripada Pendapatan
Gaya hidup biar berpada. Ramai orang terperangkap kerana nak nampak mewah, tapi sebenarnya penuh hutang. Hidup bawah kemampuan bantu kita ada simpanan & lebih tenang. Kalau ada pendapatan T20, tiada salahnya gaya hidup macam M40. Tapi, kalau income B40, tak perlu nak try hard nampak macam T20.
2. Bayar Diri Sendiri Dulu
Allocate duit untuk simpanan dulu, jika ada lebihan baru berbelanja. Bila dapat gaji, terus asingkan 10–20% untuk simpanan. Ini ajar kita disiplin dan utamakan masa depan. Misalnya, tolak 20% masuk akaun Tabung Haji atau ASB.
3. Bezakan Keperluan dan Kehendak
Sebelum beli, tanya diri, “Aku betul-betul perlukan ni ke?” Belajar kawal nafsu beli barang yang tak perlu. Itu kunci elak pembaziran.
4. Duit itu Alat, Bukan Matlamat
Jangan jadikan duit sebagai ukuran hidup. Gunakan duit untuk capai matlamat hidup seperti membantu keluarga, bebas hutang, capai impian dan bukan sekadar nak tunjuk status.
5. Cari Cara Tambah Pendapatan
Kos hidup makin naik. Pendapatan satu sumber makin tak cukup. Kena kreatif buat side income, bisnes kecil, pelaburan.
6. Jadi Prosumer
Jadilah pengguna bijak. Cari platform yang boleh dapat semula duit apabila berbelanja. Lagi banyak berbelanja, lagi banyak dapat duit.






7 Comments
kekal tenang belanja ikut kemampuan sedia tabungan hari tua
ReplyDeleteNombor 3 tu susah jugak tu....
ReplyDeleteNo. 3 memang saya selalu buat. Kadang dah pegang barang, termenung depan rak supermarket, lepas tu, letak balik barang. 😁
ReplyDeleteNo. 2 - itu yg di ajar oleh bekas majikan masa memula ammi kerja dulu. "kamu dapat gaji, jangan kamu belanja habis. dapat je gaji gi nyimpan dulu di TH sikit", katanya.
ReplyDeleteSaya tahu bezakan keperluan dan kehendak tapi tetap membazir juga beli handbag dan shawl. Buy something that makes me happy, kot?
ReplyDeleteukur baju di badan sendiri
ReplyDelete;-)
Cuya dahlah kuat shopping. Hahahaa
ReplyDeleteLepas dah shopping, fikir kejap dah menyesal. Moga sedar diri heheh
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.