15 adab kita yang anak akan cepat tiru
Assalamualaikum. Pada kali ini Abam Kie ingin berkongsi 15 adab kita yang anak akan cepat tiru jika kita, ibubapa melakukannya di rumah dan tempat awam. Semoga perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada kita semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri ini sehingga habis ye.
Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi.
2 - Bercakap
Kita suka cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking.
3 - Mengarah
Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah. Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru.
4 - Sebut tolong
Ibu tolong buatkan susu, adik haus. Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu.
5 - Ketika makan
Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati.
6 - Marah orang
Jika kita cepat marah orang, anak pun akan jadi begitu. Impulsif macam kita.
7 - Hormat orang tua
Anak perhati je cara jumpa mak ayah kita. Jika kita rajin salam, anak pun akan ikut begitu.
8 - Sabar
Anak belajar bersabar dengan melihat kita bersabar dengan dia.
9 - Mulut laser
Apa yang kita cakap, itu la yang anak akan cakap. Bahasa kita, itu la bahasa anak. Kamus yang sama digunakan.
10 - Senyum
Kita rajin senyum. Anak pun akan rajin senyum. Kita malas senyum, tak mustahil anak muka mencuka je.
11 - Ucap terima kasih
Setiap kali anak buat kebaikan kita cakap terima kasih, bukan sahaja rasa di hargai tapi dia belajar cara untuk ucap terima kasih.
12 - Meminta maaf
Ada anak dah jelas dia salah pun tak nak sebut minta maaf. Jarang dengar kita sebut minta maaf tu la anak ikut.
13 - Mendengar
Cara kita mendengar, itu la cara anak mendengar juga. Kalau anak tengah cakap kita dengar sambil main phone, tak mustahil anak pun begitu nanti.
14 - Toleh
Sekali panggil je anak dah toleh, jika nak begitu kita pun kena buat anak panggil sekali terus toleh.
15 - Mengamuk
Kalau kita suka mengamuk tak kira tempat, bersedia untuk hadap anak yang akan mengamuk kat mana-mana sahaja jika ada tak puas hati.
Bukan salah anak jika dia tak beradab.
Wallahu A’lam,
Kredit: Mohd Fhais Salim






12 Comments
banyak nya khilaf diri sendiri, semoga anak2 kita menjadia anak soleh, baik budi pekerti nya..aamin
ReplyDeleteBetul sangat perkongsian ....Ibu Bapa cerminan anak-anak...
ReplyDeletebetul sgt..anak2 cerminan ibu bapa bapa
ReplyDeleteibu bapa cermin anak2 berhati hati tiasa agar peribadi dicontohi
ReplyDeleteIbubapa adalah model firtly anak nampak..didiklah dengan baik ya
ReplyDeleteTerima kasih Abam Kie atas perkongsiannya. Peringatan untuk saya dalam membesarkan 2 orang anak supaya bagi teladan molek untuk mereka
ReplyDeleteBaru discuss dengan suami tentang hal ini, yang kadang kita tak ambil peduli.
ReplyDeletebetul tu semua bermula di rumah
ReplyDeleteBenar kata orang anak itu adalah peniru yang ululang, kadang orang tua sudah tahu tapi tak kasih contoh baik depan anak,
ReplyDeleteKita as parent yg mewarnai kain putih mereka... byk perkara yg perlu di ambil berat yg kdg2 kita sendiri yg ta perasan :D
ReplyDeleteAnak mencontoh apa yang dilakukan oleh orang tua. Lebih bijak bila orang tua memberi tauladan yang baik daripada memerintah anak. Begitu ya Pak Kie?
ReplyDeleteSalam,
kanak-kanak yg berusia bawah 7 tahun otak mereka umpama span. so apa yg mereka nampak & dgr, mereka mudah meniru. kalau mak ayah bercakap sopan, berperangai elok di rumah, tak mustahil anak2 pun akan ikut bersikap begitu...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.