10 teknik melakukan boundaries dengan rakan dan kenalan,


1. Belajar berkata "tidak" tanpa rasa bersalah.

Tak semua ajakan perlu kita ikut. Tak semua permintaan wajib kita penuhi.


2. Jangan balas mesej serta-merta jika kita sibuk. Kita ada hak untuk rehat dan fokus pada hidup sendiri. Kita bukan robot sosial.


3. Elakkan berkongsi hal peribadi dengan semua orang. Tidak semua telinga adalah tempat selamat untuk cerita kita.


4. Pilih waktu bila mahu bersosial. Kalau kita letih, tak wajib keluar. Bila emosi tak stabil, tak perlu paksa jumpa sesiapa.


5. Jaga emosi sendiri dahulu sebelum bantu orang lain. Kita bukan tong sampah emosi sesiapa. Dengar, tapi jangan serap semua.


6. Tapis siapa yang kita izinkan untuk masuk ke ruang hati dan masa kita. Kenalan tak sama dengan sahabat sejati. Kenali beza keduanya.


7. Jangan benarkan orang terus ulang kesilapan pada kita. Sekali salah kita boleh maafkan, kali kedua kita harus tegur. Kali ketiga, itu pilihan kita, tarik diri undur dari hubungan itu. Toksik!


8. Tegas bila orang melampaui batas. Kalau kita diam saja, orang fikir mereka betul atas tindakan mereka kepada kita.


9. Hargai masa sendiri. Kalau seseorang hanya cari kita bila mereka perlu, itu bukan persahabatan, itu penggunaan/manipulasi.


10. Jangan takut hilang orang yang tak menghormati kita. Lebih baik keseorangan tetapi suasana hati kita tenang, daripada ramai dalam kepura-puraan.


Norzi Malek 

Dari Therapist Untuk Terapi