Saya suka berkongsi perjalanan hidup,perancangan kewangan kepada guru
Kalau tidak suka boleh abaikan.
Sebelum bersara kita memang mendapat layanan terbaik, tapi bila bersara mungkin kita sudah jarang berjumpa dengan rakan2 guru.
Ini nasihat kepada guru-guru yang bakal bersara terutama yang sudah ada penyakit
1. Settle kan hutang sebelum@ guna duit gratuiti
2. Tidak perlu sebok nak besarkan rumah. Kalau ada tanah boleh tambah rumah tetapi jgn besar@ guna kewangan besar
3. Yang minat melancong pergilah tapi jgn habiskan duit utk melancong
4. Tidak perlu kereta baru sebab kita tidak bergerak sangat pun
5. Jagalah kesihatan sekiranya belum ada penyakit..
6. Jangan habiskan duit untuk majlis kahwin anak2 yang gah
7. Kalau boleh mencari kewangan..teruskanlah aktif tetapi santai2 sahaja kerja
Sebahagian wang gratuiti simpan untuk
1. Selesaikan haji dan umrah
2. Perbelanjaan perubatan.. Kita tidak mampu tunggu lama untuk rawatan di hospital kerajaan@ berulang kali ke hospital.. Ada duit pergi swasta untuk pemeriksaan kemudian kalau warded rujuk balik ke hospital kerajaan
3. Kita perlukan duit utk beli alat senaman yang sesuai
4. Bagi pesakit2 kronik dialisis kos tinggi,ubat-ubatan.. Setengah keadaan kerajaan tidak bagi rawatan percuma..mungkin kena bayaran sedikit..perlukan duit
5. Mungkin terpaksa pergi rawatan jauh dari rumah, ambil hotel untuk menginap juga perlukan duit.
6. Sesetengah keadaan anak2 cucu perlukan bantuan
Bila lihat situasi2 dan luahan dlm group pesara timbul keinginan untuk berkongsi dengan guru2 bakal pesara.
Harap bermanfaat..