Jangan Bangun Tidur Lambat!
1. Antara kesilapan terbesar sebahagian ibu bapa adalah membenarkan anak2 mereka bangun tidur lambat di hari tidak bersekolah.
2. Ungkapan yang biasa didengari adalah;
“Takpelah bangun lambat hari tak sekolah”…..
3. Itu salah….sekolah atau tak sekolah kena bangun awal. Apatah lagi kita orang Islam. Wajib bangun untuk solat dan tidak digalakkan tidur semula selepas Subuh.
4. Sejak kecil saya dididik dengan tegas oleh arwah datok. Saya akan bangun awal pagi. Jam 6.30 saya dah siap mandi dan pakai cantik2. Mandi telaga pula tu. Badan akan disapu dengan minyak patchouli, muka pula putih berbedak.
5. Hari tidak sekolah, saya akan ikut datok ke kandang kambing untuk membawa keluar kambing2nya bagi ditambat diluar. Kemudian bersihkan kandang pula dengan menyapu tahi2 kambing menggunakan pelepah kelapa.
6. Apabila datok meninggal, ayah dan ibu saya juga mengamalkan cara yang sama. Sesuai perubahan usia, semakin lama semakin awal saya dipaksa bangun.
7. Kata datok saya, orang bangun tidur lewat susah cari makan. Rezeki tidak datang, katanya…
8. Saya pegang kata2 itu sehingga sekarang, dan saya amalkan. Insyallah jam 4.30 pagi saya akan bangun. Paling lewat pun jam 5.00. Tergantung kepada waktu Subuh. Tidak dinafikan, ada ketika ada juga hari yang tidak sedar. Alhamdullilah rezeki saya sentiasa ada walaupun saya tidak pernah mempunyai pekerjaan tetap.
9. Saya terapkan ‘polisi’ ini kepada anak2. Namun ada ketika saya juga ada cabaran dan ujian. Insyallah saya akan tetap istiqomah.
10. Baru2 ini saya terlihat satu video seorang motivator Amerika, katanya ;
“Orang yang bangun tidur awal akan lebih ke depan dari orang lain yang bangun lewat. Kerana orang itu telah memulakan kehidupan hariannya beberapa jam lebih awal dari orang yang bangun lewat”.
11. Ohhhhh…inilah yang datok dan ayah aku katakan dulu. Bangun lewat payah cari rezeki….mereka orang lama tak pandai hendak menyusun kata2 seperti orang zaman sekarang. Jadi bahasa mudah mereka, bangun lewat susah cari makan.
12. Orang yang bangun awal akan cepat ke tempat kerja. Kehadiran cantik, prestasi cantik, gaji pun boleh naik. Bagi orang yang berniaga pula, dia boleh mulakan perniagaan awal dan akan dapat hasil awal.
13 . Cuba lihat di sekeliling kita, ada tak orang yang bangun tidur lewat atau memang dia jenis kaki tidur, hidupnya senang….cuba tinggal komen saya nak dengar apa kata anda…
11 Comments
good sharing..peringatan bersama.. tq!
ReplyDeleteBangun awal, macam2 kerja boleh buat.
ReplyDeleteKalau zaman saya kanak-kanak dulu, kalau bangun lambat ke, abang saya ketuk dari bawah rumah..
ReplyDeletefuhhh...kalau hari cuti, memang golek2x dulu lepas subuh...Allahuakbar
ReplyDeleteUncle ni 'orang pagi'... tapi uncle juga 'orang malam buta' Camana tu?
ReplyDeleteEhem... Jom baca blog uncle tarikh 21 April 2025... Ada sikit pencapaian peribadi uncle nak kongsi... JOM?
tidor awal bangun awal, tidor lewan bangun pon mesti lewat
ReplyDeletebetul tu. mak abah mmg pantang kalo anak-anak bgun lewat sbb nti rezeki dah diambil burung katanya hehehe
ReplyDeletebangun awal murah rezeki
ReplyDeleteSebab tu kalau sabtu ahad dan waktu cuti sekali pun kena bangun subuh dan baca sikit quran.. lepas bg la bdk2 tidur..
ReplyDeleteBetul2
ReplyDeleteUmi sy pesan jgk bangun la awal jgn tidur lepas subuh. Nk tidur tengahari nnti
Ibu pon selalu pesan bangun awal. Cuya perasan bila bangun awal buat kerja awal, nanti waktu tu terasa panjang. Banyak masa free
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.