Bahagian harta pusaka datang dengan tanggungjawab
Tak payahlah direbutkan kereta tu dan rumah tu. Tak ada ke perasaan kasihan dan simpati kepada orang-orang yang kehilangan tempat bergantung?
Direbutkan juga harta-harta tu. Tapi masa orang tu sakit, nak hulur RM5 pun tidak. Meninggal hartanya direbutkan.
Kesihan balu 3 orang anak tu.
Perkembangan terkini..
Menantu makcik ke yang telepon puan tu?
Ntah. Kenapa? Makcik ada menantu yang kena macam ni ke?
Aah. Anak makcik baru meninggal. Kami ni sekeluarga puan, hanya nak kan hak. Islam yang suruh. Bukan kami pandai2. Makcik ikut aje.
Ooo. Tapi betullah makcik. Kita kena ikut Islam. Saya sokong makcik, anak-anak makcik dan semua orang yang tuntut harta tu.
Terima kasihlah puan faham. Macam makcik katalah. Makcik ikut Islam.
I
ya makcik. Saya faham. Oh ya! RM3000 sebulan ni nanti saya akan kutip daripada makciklah ya.
RM3000 apa ya puan? Eh! Kena bayar ke makcik telepon ni.
Takkkk. Telepon ni percuma. Saya ni ikut Islam makcik. Saya tak charge orang susah. RM3000 ni untuk menantu dan cucu makcik.
RM800 sewa rumah.
RM400 bayar kereta
RM900 makan 3 cucu
RM200 perubatan cucu
RM300 jalan-jalan sebulan
RM400 untuk sekolah cucu
Jumlah RM3000
Ini makcik, pakcik dan keluarga kena tanggung. Sebab ikut Islam selepas anak lelaki meninggal, isteri dan cucu2 adalah tanggungan keluarga lelaki tu.
Kita kena IKUT ISLAM makcik. Semua perkara. Saya suka makcik sebab makcik nak ikut Islam.
Eh! Manalah kami mampu. Makcik rasa salah macam ni. Menganiya keluarga lelaki pulak.
Treetttttttttt.
Makcik
Makcik
Makcik
Dah putus pulak talian ni







#kisahmasyarakat
Sumber : Abudi Alsagoff
Gambar Sekadar Hiasan
12 Comments
Masa arwah hidup jengguk pun tak dah meninggal baru nmpk minta tuntut bhgian faraid ktnya ha haaa adoiii biasaaa tu kan ☺️pakat2 berebut tanah ,kebun . Allahuakbar ada tu sanggup nama entah siapa2 semata mata nk harta faraid ni yg su peguam pula dpt suapan😂jalaannnn je tugasannyq
ReplyDeleteso true..Islam tu indah sebenarnya... but manusia yg putar belit jadi mcm2
ReplyDeleteikut Islam tuntut pusaka tu betul ihsan silaturahim pun kehendak Islam
ReplyDeleteRealiti masa kini. Padahal anak balu tu, anak saudara juga, kan.
ReplyDeleteItulah hakikat
ReplyDeleteMoga tiba masa kita nanti, dipermudah kan semua urusan nya.
ReplyDeleteKalau islam suruh sedekah.. tak nak lak sedekah kan.. tapi bab harta pusaka suka ckp islam yg suruh huhuu... Zaman fitnah sekarang ni minta la dijauhkan dari perkara yg tidak diingini...
ReplyDeleteMacam pernah dengar nama Abudi Alsagoff tu... tapi di mana ya?
ReplyDeletesy kenal dia kat apps X
Deletefamous juga tu...
kerna duit/harta keluarga pun bersengketa. sedih
ReplyDeleteBab harta memang bahaya, bole buat manusia bertindak di luar jangkaan
ReplyDeletebaru kejap baca kes anak arwah taib mahmud dengan mak tiri diri...
ReplyDeletetuuu diaaa harta jadi rebutan smpi naik mahkamah
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.