Kemahiran TVET Untuk Pelajar Perempuan Lepasan SPM
Saya selalu bagitahu murid perempuan. Tiga kemahiran yang mana kalau mereka kuasai salah satu daripadanya, insyaAllah tidak akan kelaparan.
1. Memasak.
Belajar memasak secara profesional. Ambil kursus di Kolej Komuniti, ambil kursus kulinari di Politeknik dan juga di mana-mana universiti. InsyaAllah, peluang sangat besar dalam bidang fnb ni kalau buat dengan betul.
Biasanya, bila belajar secara formal ni, mereka akan diajar juga cara untuk berniaga. Malah, semasa internship, mereka sudah boleh membina jaringan bersama orang dalam industri.
2. Menjahit.
Di Kolej Komuniti, Politeknik dan juga universiti ada menawarkan kursus reka bentuk fesyen.
Semasa lawatan saya ke Kolej Komuniti Sabak Bernam dulu, mereka bukan hanya diajar menjahit tetapi turut diajar rekaan fesyen dan perniagaan. Siap ada buat fesyen show lagi.
Kalau tak nak terlibat dalam industri fesyen sekalipun, mereka boleh jadi 'tukang jahit kampung' yang rata-rata tidak putus-putus menerima tempahan.
Walaupun di TikTok dan Shopee baju boleh dapat dengan harga yang murah, tapi yakin dan percayalah, kualitinya takkan sama dengan jahitan tangan dengan siap ukur di tubuh badan.
3. Gunting rambut.
Nampak macam cikai saja kan. Saya selalu tanya dekat anak murid, dekat Sungai Besar ni, berapa banyak kedai gunting rambut perempuan Melayu? Kalau ikut kira-kira, di pekan Sungai Besar ni tak sampai 5 kedai.
Sedangkan, orang perempuan muslim punyalah ramai. Dekat mana mereka nak gunting rambut?
Inilah peluang untuk murid-murid teroka bidang yang tak popular ni, tapi berpotensi tinggi.
Nak belajar di mana? Di Kolej Komuniti ada.
Selalu juga saya sebut dekat anak-anak murid SMK Sungai Besar. Kalau ada rasa nak belajar, banyak peluang yang disediakan oleh ILKA kerajaan.
Ada yang percuma, ada yang siap dapat elaun lagi. Mungkin mereka tak jumpa jalan.
Kepada ibu ayah, kalau anak-anak umur 18-19 tahun masih takde hala tuju hidup, hantar saja mereka belajar kemahiran di mana-mana ILKA yang ada.
Yang paling dekat boleh tengok di Kolej Komuniti. Setiap daerah ada. Yuran pun murah. RM200 satu semester.
Kalau umur 19 dah tak sabar nak kahwin, suruhlah mereka tunggu sekejap. Laburkan setahun dua umur mereka untuk belajar kemahiran. Sekejap saja. Lepastu kalau nak kahwin, kahwinlah.
Konsepnya mudah. Nak seribu daya, tak nak sudah.
Begitulah.
8 Comments
Betul tu AK, nak seribu daya. Thanks for sharing.
ReplyDeleteKemahiran TVET ni banyak juga peluang pekerjaannya....
ReplyDelete👍
ReplyDeleteBagus sekarang belajar kemahiran.
ReplyDeletekemahiran bidang keperluan penting dikuasai
ReplyDeleteBagus sekali nasehat bagi murid perempuannya nih Pak Kie.
ReplyDeleteIstri saya dulu selepas Sekolah Menengah Atas, tidak melanjutkan kuliah tapi mengambil berbagai kursus. Dari mulai kursus potong rambut, kursus menjahit.
Dari kursus menjahit sempat buka menerima jahit gaun wanita. Pendapatannya lumayan bisa membantu memenuhi sebagian biaya keperluan rumah tangga.
Salam,
TVET ni banyak peluang pekerjaan...untung siapa yg dapat join. byk manfaatnya...
ReplyDeletebidang kemahiran memang bagus sekarang ni kan
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.