Jadi cikgu ni mudah.. ikut saja aturan dan peraturan biasa yang telah biasa itu. Hari ni dah gaji. Itulah berkat kesabaran kita. Org pencen dapat awal lagi..

1. Waktu datang sekolah ikut masa. Jangan lewat.. dan jangan kerap lewat. Kalau aturan sekolah tu kata.. datang sebelum 7.00 pagi maka sebelum 7.00 lagilah awak datang. Jangan awal sangat.. nyusahkan jaga.

2. Waktu balik pun macam tu. Pukul 2.30 petang baru boleh balik.. baliklah pada waktu itu dan selepasnya. Jangan rajin sangat sampai 7.00 malam masih terpacak kat situ.. macam tak ada rumahtangga.

3. Buku rekod mengajar.. ERPH dsb tulis dan hantar Tiap2 minggu bukannya Tiap2 bulan atau setahun sekali.. haru biru jadinya.

4. Kalau ada tugas2 tertentu laksanakan. Jangan passing2 kawan sahaja. Tak baik macam tu.. kufur nikmat.

5. Masuk kelas ikut jadual waktu sendiri bukan waktu orang punya. Jangan tunggu sampai orang lain call. Woiiiii mail.. tak masuk kelas ke? Budak2 hang melompat dah sampai kelas sebelah tau!!

6. Masuk kelas kira bilangan budak. Tulis berapa yang ada.. berapa yang hilang. Takut2 ada yang terbenam dalam toilet. Apa2 jadi cikgu tanggung..

7. Tengok susunan kerusi meja.. herot petot.. tungging langgang.. sampah bersepah. Kemaskan dulu. Memang kdg2 ada guru2 yg tak ambik pot. Dia masuk dan mengajar. Bab2 lain dia tak peduli. Harap2 itu bukan cikgu. Kalau cikgu.. bermakna cikgu belum cukup sempurna!!

8. Waktu masuk dan keluar kelas biar tertib. Ketua beri ucap.. Assalamualaikum Cikgu Ismail? Jawab salam tu. Jangan buat do no jer. Macam tu jugak time keluar kelas. Pastikan budak2 tu bangun. Yang tak bangun tu.. pergi dekat dia.. ikutlah nak buat gapodio!!

Oklah 8 tips mudah seharian di sekolah tau..👌👌