Pada 6 Januari 2024 (Sabtu) Kelab Guru dan Kakitangan sekolah Abam Kie telah menganjurkan Jamuan Akhir Tahun Sesi 2023/24. Jamuan berkenaan telah diadakan di The Grand Renai, Kota Bharu bermula jam 12.30 p.m. Tema jamuan berkenaan ialah Glamourous Black and White. Abam Kie terpaksa awal sedikit kerana menjadi AJK pada tahun ini. 


Buat julung-julung kalinya KGKT telah menjemput sebuah live band dari Machang untuk membuat persembahan pada majlis jamuan berkenaan. Sambil2 makan tu kami dihiburkan dengan lagu-lagu malar segar seperti 'Ombak Rindu', 'Tiara', 'Relaku Ku Pujuk' dan beberapa buah lagu lagu yang Abam Kie tak berapa ingat. Nama band ini Yo Ya. Vokalis band tersebut bernama Hisham juga merupakan seorang guru. 


Akhirnya pada tahun ini dapat cabutan bertuah berupa periuk casserole. Door gifts yang semua dapat ialah tuala muka dan mini vacuum cleaner. Manakala hadiah kejutan dari pengetua ialah lampu tidur. 


Mula-mula sampai tu terus je snap gambar dengan dua orang lagi AJK iaitu Cikgu Din (kiri) dan pembantu operasi, Azmeer. 


Kemudian pengerusi KGKT, Cikgu Mawi pun datang enterframe gak. 


Tak disangka-sangka tuan pengetua  memberikan beberapa anugerah khas untuk guru2 dan AKP. Abam Kie sendiri mendapat anugerah meja paling kemas. See my level? Hehehe.... Hadiah merupakan sebuah lampu tidur dari kedai ECO RM2.40 sahaja. 


Alhamdulillah, pada tahun ini Abam Kie berjaya menang lucky draw setelah 2 tahun gagal dapat apa2. Memilih tahun kelahiran '73' maka tahun ini Abam Kie dapat sebuah periuk Casserol. Suka benar isteri Abam Kie bila Abam Kie bawa balik periuk. Hadiah disampaikan oleh Tuan PK HEM.  


Akhir sekali kami semua AJK KGKT Sesi 2023/24 mengambil gambar kenang-kenangan usai majlis jamuan pada hari tersebut. Syukur kerana dapat melaksanakan satu majlis besar dengan jayanya. Alhamdulillah...