Beli rumah ni tiada istilah nanti dululah,

Nanti dululah, gaji dah naik sikit baru sedap bayar bank

Nanti dululah, mesti pemaju akan bila rumah kos rendah untuk orang macam kita

Nanti dululah, interest tengah tinggi, dia rendah nanti baru kita apply

Nanti dululah, kerajaan ada kenalkan skim skim baru untuk golongan macam kita..

Nanti dululah, kita cari pelan-pelan yang sesuai dengan kita

Nanti dululah, harga rumah tengah kaw kaw mahal owner demand..

Sebab hakikatnya semua tu takkan berlaku.. tahunlah tahun depan pun.. dia tetap sama macam sebelum-sebelum ni..

Jadi, lakukan 10 perkara ni kalau korang terfikir nak beli rumah..

1. Tahu had kelayakan pembiayaan.. macam check kesihatan korang jugak, bezanya ko ke bank bukan ke hospital..

2. Tahu tahap kemampuan pembiayaan ko.. kalau bulanan pun tak boleh nak saving, macam mana nak praktik bayar instalment nanti?

3. Mula alert tentang iklan-iklan jualan rumah.. tak beli pun buat buat tanya iklan agent tu, saje je nak tahu harga walau akhir perbualan ko tu aku boleh agak “nanti saya bincang dengan pasangan” padahal tak kahwin lagi..

4. Mula survey jarak perjalanan tempat kerja ko dengan perumahan yang berdekatan.. jauh pun takde hal janji access mudah macam komuter ke, mrt ke..

5. Rekod kenaikkan nilai jualan kawasan rumah ko target.. bulan ni berapa, bulan depan berapa.. baru ko tau kenaikkan harga rumah dieorang jual, tak sama nisbah kenaikkan gaji ko..

6. Kena tahu juga, pembelian ko tu berbaloi ke tak, nanti beli beli, value rumah ko tu tak naik naik.. tepu, sukar untuk penilaian baru jika ko terdesak nak refinance..

7. Beli dengan agent ke dengan owner direct ke lantaklah, janji ikut saluran nak betul, ada lawyernya, bank layak bagi loan.. kalau bank pun tak nak bagi mesti ada something yang tak kena.. risau skim skim pelik pelik sampai korang kena ambik personal loan untuk perumahan.. tak betul dah tu

8. Jangan beli sebab rasa terpaksa, sebab takde orang akan paksa ko.. ko rasa stress kawan-kawan ada rumah, ada apartment.. ko masih struggle kumpul duit.. pedulikan dieorang

9. Jangan dengar cakap agent bulat-bulat.. agent cakap ko pun caya lah bulat2.. padahal dieorang pun tak nak pun beli area dieorang jual tu.. cuma cerita yang best best tanpa cerita perkara yang sebenar.. buat penilaian sendiri.. 

10. Tapi jika ada peluang yang bagus, jangan ko lepaskan pulak, memang tak datang dah lepas tu.. aku ada ramai kawan macam tu hari ni “rugi aku tak beli situ dulu, harga dah berkali ganda”

Aku cakap dulu ko nak beli motor pun takde downpayment.. lagi nak sembang pasal rumah..

Ok lah abg nak sambung sembang dengan awek sebelah ni jap.. dia kerja KL.. rumah di Perak.. bila tanya tak jauh ke ulang-alik.. dia cakap duk luar bandar tak serabut.. dieorang duk KL balik sampai rumah 7-8 malam.. dia balik Perak pun sampai waktu macam tu jugak.. baik duk Perak semua masih murah..

11 Comments

  1. Betul. Bila masa yang sesuai beli rumah. Pertengahan 20an atau awal 30an. Memang kena sediakan downpayment dan bayaran untuk fee lawyer, valuation fee dsbnya. belum renovation cost. Tetapi better kumpul dulu duit untuk fee diatas sebelum buat keputusan beli kereta baru. Ada jer boleh beli rumah tanpa sediakan tu semua. Kena rajin tengok perkongsian sifu-sifu hartanah.

    Kalau di bandar ada ditawarkan pangsapuri khidmat. Ingat yea ni under commercial. Maintenance fee, service charge semua rate commercial.

    Mana nak cari rumah bawah 500k. Ada jer..kat kawasan bandar dan jauh sikit dari bandar. Kalau kawasan bandar rumah berstrata banyak cuma keluasan bangunan kecil la.. Luar bandar landed house ada. Cuma kena tengok..kalau nak duduk sendiri, kena tahan la 10 ke 15 tahun. Tetapi kalau untuk tujuan pelaburan..pastikan ROI jika disewakan tip top. Cukup untuk cover installment bulanan kita. Kalau kena top up sikit jer.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kongsi info ni AK.

    ReplyDelete
  3. kena banyak ilmu dulu kalau nak beli apa-apa sebenar. survey tanya yg berpengalaman. bagus kongsi info ni

    ReplyDelete
  4. penah baca, kalau muda2 dah beli rumah tu bkn 1 pencapaian sbb nya komitmen mereka berbeza. berbeza dgn muda dr golongan berada. tu lain ceritanya. komitmen beli rumah x sama dgn komitmen yg lain2. jd fikir dan buat pertimbangan sewajarnya sblm bli rumah.

    ReplyDelete
  5. kat sini nak beli rumah teres harga 300k ada tapi nun jauh dari kl, rumah besar tapi kene korban duit dan masa kalau kerja kl. Kalau apartment dapat lah 300-400k. Tapi memang kene alert, tp tak boleh hentam keromo kene ada ilmu jugak tau tanya pada yang dapat membantu, yang memang pakar.

    ReplyDelete
  6. alamak...yg last tu...mungkin Linda pun mcm tu kot nanti...hahaha...beli rumah kat perak, kerja area selayang lagi...ulang alik lah...pishanggg

    ReplyDelete
  7. Saya menyewa 7 tahun dari baru kawin sehingga 3 org anak dan kemudian baru dpt beli rumah.. Sbb nak stable kan keje dulu.. Make sure kita dh selesa dgn kerja yg kita ada baru beli rumah.. Kalau tidak jika main beli jer nanti tukar keje kene pulak dpt tmpt jauh dah bermasalah nak ulang alik pergi kerja..

    ReplyDelete
  8. Dan 7 tahun tu juga sbb nak kumpul down-payment dan 7 tahun pun kereta dan loan lain semua nya dah nak habis bayar.. Sbb plan lepas 5 6 tahun beli rumah loan kereta dan yg lain dh habis bayar so tinggal nk bayar rumah sahaja.. Tak ada la isu terbeban nak bayar semua komitmen.. Well yg penting kena ada plan utk setiap langkah yg kita nk buat especilly melibtkan duit..

    ReplyDelete
  9. lagi lambat beli, lagi mahal harga rumah..kann

    ReplyDelete
  10. ammi beli rumah pada usia 33 tahun..mampu beli subsale house je. tapi bersyukurlah dengan apa yg kita mampu miliki ni..janji ada tempat berteduh untuk kami sekeluarga

    ReplyDelete
  11. Setujuuuu abam.... Beli rumah nih sebenarnya penting juga. Apalagi kalo dah berkeluarga kan. Tapi memang hrs liat kemampuan finance lah. Jangan dipaksakan kalo tak mampu. Drpd pusing saat bayar installment nya. Cicilan rumah ga setahun 2 THN, tapi bisa 10 tahunan. Jadi harus tahu kemampuan keuangan, barulah cek juga siapa developer rumah tuh. Jgn sampai ternyata developernya bermasalah, uang DP kita hangus dibuat.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.