Sudah lama Abam Kie berminat dengan kad kredit Visa Signature by AmBank Islamic ini. Sudah biasa memiliki kad kredit silver, gold dan platinum. Kini teringin pula memiliki kad kredit Signature. Terasa mewah sekejap. Untuk memiliki kad ini kena memperolehi pendapatan tahunan sekurang2nya 80K. 

Jadi pada satu hari di bulan Oktober, Abe Kie isi borang di website AmBank. Tak sangka selepas seminggu staff AmBank KL call dan suruh abam kie isi borang permohonan kad kredit yang akan diemel ke inbox Abe Kie. Jadi abe kie isi la. Lepas isi kena scan dokumen sokongan seperti kad pengenalan, penyata akaun bank dan slip gaji. Memang renyah tapi sebab kita nak maka buat je la. 

Selang seminggu kemudian Abam Kie dapat SMS dan emel yang memaklumkan kad kredit telah diluluskan. Abam Kie tunggu la kad tu sampai ke rumah. Lama tunggu tapi kad tu tak sampai2. Terus Abam Kie hubungi Customer Care Unit. Rupa2nya kad tu telah diposkan ke cawangan Pasir Mas. Geram tul kepada staff di KL tu yang tak reti bahasa. Abe Kie dah isi dalam borang permohonan meminta kad tu diposkan ke rumah tapi dihantarnya juga ke cawangan. Masa dia call pun abam kie sempat pesan agar pos ke rumah. Tapi dia ni degil!

Mujurlah staff CC tu sanggup arahkan cawangan Pasir Mas tu poskan kad kredit tu ke rumah Abam Kie. Itu pun ambik masa seminggu juga nak sampai sebab bank tu guna Citylink. Kalau ikutkan, Tanah Merah ni cuma 30km dari Pasir Mas. Akhirnya kad tu sampai pada 1 Nov lalu. Alhamdulillah. Dapatlah abam kie guna kad kredit baharu. 

Cuma Abam Kie ingin mengingatkan kawan2 agar menggunakan kad kredit dengan cara berhemah. Ia ibarat air atau api. Macam Abam Kie ni pastikan membayar semua baki pada akhir bulan. Kalau hutang Rm1000 maka jumlah itulah Abam Kie akan jelaskan bila menerima penyata pada akhir bulan. Tak sesekali bayar sikit2. Kita bayar penuh gitu...