Hari ni saya nak share satu general knowledge yang masih ramai tak tahu.
 
Lately ni, banyak sangat account Telegram kawan2 kita yang kena HACK ❌
 
Secara ringkas ini cara mereka beroperasi 👇
 

Teknik yang mereka gunakan ini dinamakan sebagai Phishing.

 
 1. Mula2 mereka hantar mesej 'pancing' pada kita contohnya,
 
"Wei gambar kau tersebar dekat group ni http://melayunakalgroup.ur/telegram ".
 
Link tersebut boleh berubah2.

 


2. Kemudian anda akan disuruh untuk login ke Telegram semula.
 
JANGAN LOGIN ❌ kerana ini laman web palsu yang mereka tiru dari website sebenar Telegram.
  

3. Jika anda degil nak login juga, mereka akan minta masukkan code verification. JANGAN MASUKKAN CODE ❌

 
 
4. Jika proses verification berjaya, bermakna mereka telah pun berjaya mengakses akaun Telegram anda.
  

Segala informasi peribadi, hal-hal berkaitan kerja, gambar-gambar & video-video..
 
..yang anda hantar pada pasangan dan rakan sekerja akan dapat dilihat oleh mereka.
 
Dah tentu kita tak nak perkara seperti ini terjadi kepada kita bukan?
 
Jadi tolonglah hati2 & sentiasa berwaspada. Memang tak semua orang jahat, tapi yang jahat itu sentiasa wujud.
 
Itu sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi kawan2! Bye...
 


9 Comments

  1. Cuya perasan jugak ramai kawan Cuya yang Tele kena hack. Tak tahu kenapa jadii gitu.. serammmm

    ReplyDelete
  2. Telegram ni agak longgar security dia eh?

    ReplyDelete
  3. Telegram ni selain scammer banyak juga mesej spam.

    ReplyDelete
  4. Thank you sharingnya Abang. Saya pun punya tele, tapi jujur tak suka pakainya. Saya ttp install karena grub kelas anak saya lebih suka pakai tele. Jadi tak mungkin tak ikut kan 😅

    Tapi segala sesuatu di tele, saya jarang aktif . Tak nak juga klik link2 tak jelas.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kongsi info. Ada akaun telegram tapi tak guna.

    ReplyDelete
  6. uishh bahaya ni.. nasib naik takde telegram account .. thanks sharing

    ReplyDelete
  7. senang nya.mcm tu je kan.. MA ada acc telegram but memang x aktif

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.