Assalamualaikum. Kali ini Abam Kie ingin bercerita pengalaman belajar memandu di IMKEDA AU3, Keramat Hulu Klang sekitar Ogos 1995 yang lampau. Sudah 28 tahun peristiwa ini berlaku. Jadi susah sikit untuk mengingati kejadian lampau itu. 

Pada masa tu Abam Kie baru saja memasuki tahun 3 B.Ed. TESL di Universiti Malaya. Masa tu abam kie x dapat dok di kolej kediaman jadi terpaksalah menumpang dengan kakak yg tinggal di Kelompok Melati, Ampang Hulu Klang. 


Untuk sebulan pertama tu terpaksalah naik BMW (BAS MINI WILAYAH) ke UM. Dari AU3 naik bas mini no 20 dan turun di Bangkok Bank. Lepas tu naik bas mini yang melalui depan gate PJ atau INTAN. Dari gate INTAN tu berjalan kaki ke fakulti hampir 1km gak.


Tak tahan turun naik bas mini maka abam kie menggunakan duit biasiswa untuk membeli sebuah motor Suzuki terpakai di Jalan Travers. Tapi lesen memandu tak ada lagi. Maka abam kie pun mendaftarlah untuk belajar memandu kereta di Sekolah Memandu IMKEDA kat AU3 tu. Duit nak belajar tu kakak2 dan abang tulong bayarkan. Rasanya yuran belajar memandu masa tu RM650 complete untuk kereta dan motor. Kalau sekarang dah cecah rm2000 rasanya.

Maka belajarlah abam kie memandu menggunakan mereta Datsun 120Y atau orang Kelantan panggil datsun buah hulu (kuih bahulu). Sebulan gak belajar dgn cikgu memandu yang garang ni. Nama dia x ingat dah. Garang2 pun hati dia baik. Cuma dengan pelajar perempuan dia tak marah pulak. 

Dua hari sebelum nak test lesen, tetiba dapat tahu yg semasa ujian di JPJ Wangsa Maju tu kena guna kereta Iswara. Adoiii! Jadi sehari sebelum diuji tu memang Abam Kie berlatih parkir guna Iswara la. 

Pada hari ujian memandu tu semuanya berjalan lancar. Abam kie lulus kedua2 ujian memandu kereta dan motosikal dengan sekali jalan. Ujian memandu di jalan raya tu dibuat di Jalan Genting Klang. Kena pulak tester perempuan. Nervous gak la. Cuma markah atas pagar je sebab memandu perlahan dan terlalu berhati2. hehehe....
 
 

Selepas dapat lesen tu barulah Abam Kie yakin untuk menunggang motor dari AU3 ke UM sejauh 20km sehala setiap hari. Syukurlah tayar motor tu tak pernah pancit semasa hari ada kelas dan peperiksaan. Allah masih sayangkan hambaNya yang hina ini. Sejujurnya kali pertama Abam Kie memandu kereta di KL selepas dapat lesen pada 1995 itu adalah pd tahun 2019. Diikuti dengan tahun 2023 yang lalu semasa pergi ke Bangi menghadiri majlis perkahwinan anak saudara. 

Demikianlah pengalaman abam kie belajar memandu dan mengambil lesen memandu semasa masih teruna suci dulu. Sekian. Terima kasih.



16 Comments

  1. Nasib baik ada keyakinan terus untuk memandu di KL.
    Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan Abam Kie untuk menuntut ilmu.

    ReplyDelete
  2. Samalah kita belajar di Universiti Malaya. Saya dulu ambil lesen di Jalan Genting Kelang, sekolah memandu pun dekat situ. Belajar sampai ke Batu 10 tempat Orang Asli. Rasanya guna Kancil masa tu.

    ReplyDelete
  3. sama la cikgu..saya pun belajar memandu di IMKEDA..tahun sama la kita..hehehehe..

    ReplyDelete
  4. dulu baru berapa ratus kalau belajar memandu kan cikgu, skrg ni beribu sekali belajar

    ReplyDelete
  5. Tahun 95, saya tingkatan 5, Abe Kie, nak SPM. Hehe..

    ReplyDelete
  6. Untung dapat tester perempuan...boleh la tunjuk macho sikit hehehe

    ReplyDelete
  7. Ujian memandu ini selalunya bikin kalang kabut, nervous jugak 😂. Tapi syukurlah lulus abam 🎉🎉. Saya sampai skr tak berani nak ambil license kereta atau motor. Mengingat jalanan jakarta dah kayak traffic jam tak beraturan macam India , dahlaaah, saya pakai driver aja kemana2 😂. Confirm kereta saya accident kalo saya yang pakai 🤣

    ReplyDelete
  8. banyak kisah kalau bab belajar dulu kan. macam-macam cabaran ada

    ReplyDelete
  9. kak dulu belajar mandu gak masa tu sdg hamil lps bersalin eksiden pulak xsempat nk gi ambil lesen huhu

    ReplyDelete
  10. kenangan betul he he sama la ciknur pun ambik lesen dan belajar Imkeda situ jga tp thn 1998. tp masa tu tinggal kat tmn melawati

    ReplyDelete
  11. kenangan tu.... dulu semua susah kan, now anak2 sekarang, alhamdulillah..makin senang dah

    ReplyDelete
  12. Ammi pun rasa macam nak kene blaja emmandu semula lepas dah 15 tahun tak pijak pedal

    ReplyDelete
  13. Bas mini tu... Sangat menggamit childhood memory saya

    ReplyDelete
  14. berdebar masa amik lesen umur 18 tahun dlu.. ok la exem jawap soalan sekali jer test jpj pun sekali jer :D

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.