Assalamualaikum. Hari yang ditunggu sudah tiba. Debaran makin terasa. Pada hari Khamis, 8 Jun 2023, keputusan SPM 2022 telah diumumkan di seluruh negara. Semua warga sekolah Abam Kie teruja ingin mengetahui keputusannya. 

Sebagai setiausaha peperiksaan SPM yang tetap dan berpencen sejak 2007, Abe Kie bertanggungjawab untuk mencetak slip keputusan SPM dan English CEFR. Sebenarnya keputusan sudah boleh diakses bermula jam 7 am pada hari berkenaan tetapi Abam Kie tidak dibenarkan menghebahkan keputusan kepada sesiapa pun sehingga jam 10 am. Ini soal integriti ye. 

Pada hari tersebut semua guru, murid, calon SPM 2022 dan ibubapa mereka berkumpul di dewan terbuka seawal jam 11 am untuk mendengar pengumuman keputusan yang akan diumumkan oleh tuan pengetua. 

Jeng....jeng...jeng.... Pengetua mengumumkan bahawa keputusan bertambah baik daripada tahun sebelumnya dimana gred purata sekolah (GPS) mengecil kepada 4.62 berbanding dengan 4.70 pada tahun sebelumnya. Buat pengetahuan anda, makin kecil GPS maka lebih baik prestasi sekolah berkenaan. Semua subjek elektif mencapai 100% lulus kecuali Matematik Tambahan. Daripada 171 orang calon, cuma 3 orang gagal mendapat sijil. Untuk Bahasa Inggeris pula, 27 orang mendapat A+, A dan A- berbanding 17 orang pada tahun sebelumnya.

Kemudian majlis meraikan calon-calon cemerlang yang memdapat minima 5A. Seramai 35 orang calon berjaya naik ke atas pentas untuk menerima bouquet dan wang tunai mengikut bilangan A. Mereka ditemani oleh ibubapa masing-masing. 

Kemuncak acara ialah pengumuman pelajar terbaik SPM 2022 yang memperolehi 6A+, 4A dan 1A-. Beliau yang dimaksudkan ialah Muhammad Amirul Hilmi bin Abdul Rahman. Yang paling best ialah dia mendapat wang tunai RM1000 kerana mendapat straight As. Itu adalah sumbangan peribadi tuan pengetua. 

Selepas tamat acara di dewan terbuka, semua calon bergerak dewan tertutup untuk menerima slip keputusan SPM dan CEFR masing-masing. Alhamdulillah, segala penat lelah berjuang untuk menghadapi SPM akhirnya terbayar sudah. Semoga anak2 murid yang berjaya akan dapat melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Kepada kami guru2 yang ada di sini akan terus mendidik calon2 SPM 2023 sehingga mereka menduduki peperiksaan pada awal tahun 2024 nanti. Doakan kejayaan kami ye. Aamiin....