Assalamualaikum. Sedar tak sedar rupanya sudah 50 tahun Abam Kie hidup di atas muka bumi ini. Pada 19 Mei 2023 Abam Kie menyambut hari lahir yang ke 50. Terasa kelmarin je abam kie grad dari UM. Age is just a number, orghe royak la. Isteri ada beli kek lobak murah seperti foto di atas. Biasalah... kek ni abe kie makan 2 potong je. Tak berehi doh make benda2 manis ni jak kena diabetes 5 thn lepas.

Pada malam Jumaat tu Abam Kie dan keluarga pergi sambut di Pizza Hut, Tanah Merah. Anak2 yg beria nak makan di luar. Kalau diikutkan hati ini, baik je order guna delivery... lagi jimat. Tapi budak2 ni nak ko suasana. Lagipun abam kie jarang doh make di luar. Tu pun x tahu nak makan di mana. Tapi sebab nakkan suasana yang aman, damai, bersih dan privacy kami pilih Pizza Hut. Kalau makan di medan selera pasti suasana hiruk-pikuk dengan pelanggan lain dan kenderaan yg lalu-lalang. Dok gitu?

Ucapan hari lahir datang mencurah-curah sama ada melalui FB, IG, Messenger, Whatsapp dan IG. Tak larat abam kie nak balas satu persatu. Tapi abam kie akan cuba balas setakat yang mampu bila ada masa terluang nanti. In Shaa Allah. 

Yang pastinya ucapan dari Abang Nizal Mohammad, bekas personaliti TV3 akan menjadi ucapan yg pertama tiba di wall FB abam kie. Kerlazz gitew! Ucapan2 dari rakan2 nasi kawah di Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan pun pasti ada juga. Apatah lagi geng2 TESL Universiti Malaya, Class of 97 yang sporting pasti membuatkan diri ini terlalu berharga. Alhamdulillah. 

Syukur daku kepadaMu, Ya, Allah yang memberikan peluang kepada hambaMu yang banyak dosa ini untuk terus menghidup udara segar di atas muka bumi ini. Semoga pada usia senja ini abam kie masih berpeluang untuk beribadah kepada Allah dengan diberikan kesihatan yang baik. Aamiin....