Kali terakhir Abe Kie buleh 'cash out' duit Adsense ni pada awal tahun 2019. Lama juga tu nak merasa lagi pendapatan pasif hasil pengiklanan di blog ni. Kali ini Abe Kie dapat cash out USD100.52 sahaja. Kadang2 jeles dgn rakai blogger yg dapat duit Adsense hampir setiap bulan. Entah apa rahsia mereka? Abe Kie ni nak dapatkan USD2/bulan pun susah! Ibaratkan menunggu World Cup sekali lagi barulah dapat menuai hasilnya. 

Tapi rezeki tak pernah salah alamat. Kalau dah rezeki kita, lambat-laun dapat la tu. Pada jam 10.41 pm 21 Mac lalu Abe Kie menerima emel dari Google yg memaklumkan bahawa bayaran Adsense sudah dihantar ke bank pembayar iaitu CIMB.... Malam tu tidur dalam tersenyum lebar la gamaknya! 

Alhamdulillah, pada keesokan harinya pada jam 1.03 pm, duit Adsense selamat mendarat di dalam akaun simpanan CIMB Abe Kie. Cepatnya masuk! RM414.16 tu kira lumayan gak bagi blogger suam2 kuku mcm Abe Kie ni. 

Jika tengok kat dalam apps CIMB tu cuma RM5 ditolak sebagai caj perkhidmatan yang Abe Kie rasa amatlah berpatutan. Jadi Abe Kie mengesyorkan rakan2 blogger menggunakan akaun simpanan CIMB untuk menerima bayaran Adsense nanti. Abe Kie tak pasti caj yang dikenakan oleh Maybank. Cuma ada blogger yg kata kat Maybank ni mahal sikit je cajnya. Wallahualam.

Jadi akhir kata kepada rakan2 yg masih belum mendapat hasil pendapatan Adsense semoga banyakkan bersabar. Jika Abe Kie boleh menunggu sehingga 4 tahun, kenapa tidak anda?