Assalamualaikum. Penapis air sudah menjadi keperluan di dalam rumah, bukan lagi barang mewah seperti ia mula2 diperkenalkan dahulu. Ada banyak jenama yang terkenal seperti Coway, Cuckoo, Alken, SK Magic dan sebagainya. Pada kali ini Abe Kie nak bercerita kisah Abe Kie membuat pesanan penapis air model King Top oleh Cuckoo. Abe Kie tempah pada Ahad, 18 Mac 2023 dan siap pasang pada 22 Mac 2023 iaitu sehari sebelum Ramadhan 1444 menjelma. Sebenarnya Abe Kie cari ejen Cuckoo ini di apps Mudah.my je. Ada la seorang tu respond dengan pantas lalu tanpa melengahkan masa Abe Kie terus siapkan dokumen yg dipinta iaitu salinan kad pengenalan dan kad debit yang dihantar secara softcopy. Semuanya dilakukan tanpa bersemuka dengan dia.  


 

Penapis air AquaHijaz ni Abe Kie beli pada bulan Mei 2020. Hampir 3 tahun guna penapis air ni yang dibeli secara tunai. Pada mulanya technician tu mudah je datang ke rumah untuk tukar penapis. Tapi pada bulan lepas bila Abe Kie minta tukar penapis, dia buat endah tak endah je. Beli dulu dalam RM600 juga. Bila technician ni malas nak datang servis tu yang buat Abe Kie nak beli yang baharu dan lupuskan yang lama ni. 


Alhamdulillah. Pada pagi 29 Syaaban 1444 lalu installer Cuckoo yang bernama Shamsul menghubungi Abe Kie untuk pasang penapis air ni. Pemasangan ambil masa hampir 1 jam sahaja. Cuma pili air sejuk tu tak boleh guna lagi. Kena tunggu selepas 12 jam barulah boleh ON suisnya. King Top ni nampak cute dan slim. Tak makan ruang sangat. Setiap 4 bulan sekali technician Cuckoo akan datang servis apa yang patut. Sewa bulanan cuma RM55 selama 7 tahun. Cara bayar menerusi autodebit akaun bank CIMB. In Shaa Allah, penapis air ini akan dapat bertahan sehingga tamat kontrak 84 bulan. Aamiin.