Assalamualaikum. Pada hari ini Abam Kie ingin menyenaraikan kes-kes remeh hingga bercerai. Semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua. Janganlah kerana perkara yang remeh-temeh ni terus melafazkan talak! Benda buleh bincang, kenapa nak ambik jalan mudah?

1. Punggung isteri menggerutu

2. Suami tidak pandai melakukan hubungan seks

3. Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori

4. Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau

5. Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai

6. Isteri suka membasuh baju pada waktu malam

7. Suami mencurigai setiap tindakan isteri

8. Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu

9. Berbeza fahaman politik

10. Suami tidak suka isteri makan dalam kereta

11. Gaji suami lebih rendah

12. Isteri lambat menyediakan makanan

13. Pasangan bangun tidur lewat

14. Suami kerja tidak tentu masa

15. Anak demam dan tidak sihat

16. Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih

17. Pasangan terlalu cerewet

18. Pasangan tidur berdengkur

19. Pasangan gemar membeli-belah

20. Suami tangkai jering (kedekut)

21. Pasangan lupa pam tandas

22. Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju

23. Berebut rancangan televisyen

Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan.