Assalamualaikum. Kawan2 ada melanggan Netflix kan? Abam Kie pun ada melanggan plan Premium lagi sejak 2019. Akaun ini dikongsi bersama dengan 3 orang rakan yang lain. Jadi kami berempat berkongsi bayar yuran langganan sebanyak RM55 sebulan tu. Dengan cara ini kami dapat berjimat sedikit. Namun saat yang terindah hanyalah sementara. Setelah hampir 4 tahun berkongsi akaun tetiba pada 3 Mac lalu rakan kongsi bernama Nadia di Kedah ada DM abam kie bertanyakan kenapa tidak boleh buka Netflix sedangkan alamat emel dan password tu betul? Tapi Abam Kie x layan lagi pertanyaan dia sebab tengah sibuk bersiap nak bercuti ke Bangi, Selangor. 

Sehinggalah Abam Kie tiba di homestay di Sungai Merab Luar tu barulah Abam Kie DM dua lagi rakan kongsi iaitu Izuan di NS dan Zayeed di Damansara. Mereka pun bagitahu sedang hadapi masalah yang serupa. Lalu Abam Kie cuba login akaun Netflix. Boleh masuk, tapi disuruhnya Abam Kie beli pakej langganan. Jadi tak boleh menonton selagi x beli pakej! 

Selepas confirm x leh masuk lalu Abam Kie call Customer Service Netflix tu. No 1800 ******. Dengar suara di hujung talian tu macam pelik je. Tanya kat dia based di mana? Rupa2nya Netflix Call Centre ni di Manila. Ingatkan di Singapore. Huhuhu... Abam Kie call tu sebab nak cancel auto billing service tu. Dah x boleh tengok, baik la cancel je. Nanti x pasal2 dia caj lagi bulan seterusnya. Mujurlah berjaya dibatalkan. Bila check beberapa hari kemudian ada refund dlm penyata kad kredit Maybank tu.

Akhir sekali Abam Kie buka akaun baharu. Beli plan standard yg harga RM45 sebulan tu. Kualiti gambar Full HD dan dapat tonton di dua device serentak. Nak upgrade kpd premium rasanya x berbaloi mana sbb x banyak movie yg ditayangkan dalam kualiti 4K atau Ultra HD. 

Jadi Abam Kie nak pesan kpd korang semua hentikan perkongsian akaun Netflix ni sebelum kantoi mcm Abam Kie dan kawan2 ni. Beli dan pakai utk isi rumah shj. Jgn kongsi dgn org yg x dok serumah dgn anda. Anda mampu mengubahnya!