Abam Kie masih boleh keluar membeli-belah dengan senang hati walaupun hanya membawa RM20 di dalam dompet.

Ini kerana kebanyakan kedai sudah mula menyediakan kemudahan tanpa tunai atau cashless. Tak perlu terkejar-kejar mencari mesin ATM untuk mengeluarkan wang tunai.

Restoran kecil di pinggir bandar pun sudah ada yang menyediakan alat imbas kad debit dan e-dompet. Walaupun kerusi dan meja di dalam restoran itu sudah lusuh, tapi bab teknologi, mereka nampaknya sudah ke hadapan.

Abam Kie percaya, pada masa akan datang makin ramai tidak membawa wang ketika bersiar-siar membeli belah. Bukan saja mudah, yang penting selamat daripada risiko duit tercicir atau disamun.

Namun, kemudahan ini ada pro dan kontranya. Penggunaan kad debit tanpa kawalan menyebabkan kita tidak sedar baki duit dalam akaun bank sudah semakin menyusut. Berhati-hatilah!

Pembayaran tanpa tunai juga semakin dikembangkan kepada kanak-kanak.

Terbaharu, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Azad di Georgetown mengguna pakai konsep tanpa tunai di kantin. Ia dalam usaha menggalakkan murid-murid menggunakan kad debit bagi tujuan pembayaran makanan dan minuman di kantin.

Abam Kie sambut baik langkah sekolah tersebut dan mungkin boleh diterapkan di sekolah-sekolah lain pula.

Cuma Abam Kie berharap kanak-kanak di negara ini pada masa akan datang tidak melihat wang kertas sebagai sesuatu yang tidak ada nilai, sebab semua urusan jual beli sudah dalam bentuk maya.

Tidak mustahil juga selepas ini mungkin ada antara kanak-kanak tidak kenal rupa wang kertas pula.

Kerana sering guna kad debit, Abam Kie sendiri keliru mana satu keluaran wang kertas RM5 paling baharu apabila ditanya anak buah yang masih bersekolah rendah.

Nasib baik Abam Kie masih cam tandatangan gabenor Bank Negara pada wang kertas tersebut!



11 Comments

  1. Betul, kalau guna kad, kadang hilang kawalan, hihi

    ReplyDelete
  2. dulu nak beli goreng pisang 2ringgit je pun tapi mampu pandang je sbb tak ada duit tunai huhu...terlampau cashless

    ReplyDelete
  3. betul tu, senang sbb makin byk tempat yg boleh scan je

    ReplyDelete
  4. Saya old school, masih suka guna tunai. :)

    ReplyDelete
  5. WAH MADANI SUNGGUH...SALAM RAMADAN MAAF ZAHIR BATIN

    ReplyDelete
  6. Betul tu, saya pun selalunya keluar tak bawak dompet. IC dan lesen pun selit belakang telefon je. Senang bila semua tempat ada kemudahan cashless payment mcm QR code dan mesin kad kredit/debit.

    ReplyDelete
  7. Ohhh sy masih gunakan wang lagi huhu

    ReplyDelete
  8. Saya masih lagi guna wang tunai. Hehe kalau guna kad kena hati-hati berbelanja sebab tidak sedar belanja berapa.

    ReplyDelete
  9. Saya masih banyak pegang uang Ringgit 🤣. Trakhir dari Malaysia, tak saya habiskan, rencana nak balik, tapi pandemi pula. Juli nanti nak saya habiskan di Penang. Berharap lah tak ada perubahan banyak di uang kertas saya Yaa, takut2 dah tak laku uang kertas yg saya pegang 😅

    Tapi memang skr ini dah masanya cashless. Di Indonesia pun sama abam. Tapi memang daerah2 terpencil dan kota kecil masih mengutamakan cash. Hanya kota besarnya yang sudah mulai cashless.

    ReplyDelete
  10. proposal cashless in school ni dah lama dicadangkan...suami ammi pun pernah jadi salah sorang yang propose...tp hmmmmm ntah apa yang diperapkan proposal gini pun taktaulah. rasanya memudahkan sangat...not only kids boleh beli di kantin..kat koop pun dorang boleh beli juga

    ReplyDelete
  11. azab nak guna cashless ni..haha

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.