Assalamualaikum... Buat julung2 kalinya pengusaha kantin di sekolah Abam Kie telah bertukar tangan setelah sekian lama menanti... Jadi kami guru2 n murid2 teruja ingin melihat perubahan yang dibuat oleh pengusaha yang baharu ini.....

 
Alhamdulillah. Bermula 1 Januari 2023 tender kantin sekolah DM2 sudah berpindah ke tangan Ara Waniey iaitu alumni sekolah ini juga. Dia merupakan calon SPM 2009 lepas. Abam Kie pernah mengajarnya di menengah atas. Sebelum ini dia berniaga di kantin Hospital Besar Tanah Merah. 
 
Setibanya Abam Kie di sekolah pada 1 Jan 2023 yang lepas kelihatan kantin yang lebih ceria dan bersih. Ada banyak perubahan yang dilakukan. Contohnya, banner besar yang dijadikan mural menghiasi dinding kantin. Alas meja pun bertukar baharu. Susun atur gerai untuk murid-murid pula lebih mesra pengguna. Harga makanan dan minuman kami rasakan berpatutan..... 
 

Lauk-pauk pula ada banyak pilihan. Disamping itu aneka kuih-muih dan buah-buahan juga disediakan. Penapis air Coway pun ada bagi memudahkan guru-guru meminum air bersih. Kadang-kala Abam Kie cuma membeli lauk untuk makan tengahari di rumah. Cuma perlu memasak nasi sahaja. Cepat, ringkas dan sedap!


Antara pembaharuan yang Ara sediakan ialah meja dan kerusi bar seperti dalam foto di atas. Jika hendak meminum air kopi panas dan bun memang sesuailah jika duduk di sini. Ada suasana kat Starbucks gitu. Jika murid-murid hendak membuat tugasan pun sesuai juga di sini.  

Semoga perniagaan Ara Waniey akan terus maju dan makmur untuk tahun2 yang mendatang. Sekiranya makanan dan minuman sedap, layanan dan servis cemerlang dan harga yang berpatutan, sudah pasti warga sekolah akan lebih kerap berbelanja di Kafe Anggun. Selamat maju jaya!


12 Comments

  1. best juga konsep bar . minum sorang pun tak ada hal. tp kena pandang dinding pula. kalau nak tengok hp, takut ada yang intai2. hahah. tp best la jgk. ada gaya hipster sikit. rilek2

    ReplyDelete
  2. uish zaman sekolah dulu paling mahal pun nasi campur + air baru RM2 ke RM4~ #SPM2005

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah... moga pengusaha baru kantin ni memberi servis yang terbaik untuk sekolah

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. bagus konsep macam tu. nampak kelainan sikit kan. bukan senang ada katering kantin yang sajikan makanan yang berbalooi

    ReplyDelete
  5. Wah, tahniah, Ara Waniey. Tahniah juga utk SMK Dato Mahmud Paduka Raja 2, dah ada pembaharuan di kantin. Mungkin kantin lama tu dah rasa terlalu selesa sehingga tak kisah nak buat perubahan.

    ReplyDelete
  6. Bagus la pengusaha kantin baru buat perubahan. Moga terus menerus beri yang terbaik, bertambah rezeki dia

    ReplyDelete
  7. Amboi kantin nampak macam kafe. Semangat makan dan lepak belajar di situ.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah perubahan yang lebih baik di kantin sekolah abe kie skrg. semoga bisnes bekas anak murid abe kie tu bertambah maju

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah rezeki anak murid cikgu, sekolah, guru2 n muridnya mendapat pengusha kantin prihatin dengan menyediakan makanan harga sepatutnya

    ReplyDelete
  10. Wah, best la macam ni. Memang, harga makanan di kantin seharusnya lebih murah banding luar, sebab anak-anak yang nak makan. Untung juga cikgu, boleh bungkus lauk. :)

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah..pembaharuan yg lebih baik... nampak kemas & ceria gitu

    ReplyDelete
  12. wah..ceria..mkn kat kdai makan plk..:)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.