Assalamualaikum. Pada bulan lepas Abam Kie membeli kad sim Hotlink di Shopee. Pelan itu ialah Hotlink Prepaid Pantas. Apa yang menjadi fokus utama pada pelan ini adalah penawaran tempoh aktif selama setahun – sekaligus membolehkan pengguna membeli data dan menggunakannya untuk tempoh yang lama. Sebenarnya Abam Kie cukup tertarik dengan ciri tempoh sah selama satu tahun tu. Jadi tak perlu la nak topup RM5 setiap bulan bagi memastikan talian sentiasa aktif. Cuma bayar RM30 untuk tempoh sah 1 tahun!

Abam Kie guna pelan ni untuk tablet Lenovo ni je. Bukan selalu guna data sebab sudah ada Unifi di rumah dan wifi di sekolah. Tapi sekiranya wifi di sekolah tu offline atau slow, barulah Abam Kie guna data di tab ni. 

Satu lagi sebab Abam Kie beli kad sim ni sebab ia mula dgn 012. Mengikut kata seller tu sudah 2 tahun Hotlink tak mengeluarkan no 012 ni. Sekarang ni baru ada semula. Jadi dengan pantasnya Abam Kie sambar no yg cantik pada harga RM15 sahaja. In Shaa Allah, no ini akan kekal.

Melalui penawaran pelan ini, ia menawarkan data sebanyak 20GB pada harga RM30, atau 8GB pada harga RM15. Pengguna turut boleh mendapatkan data 1GB pada harga RM2. Semua ini hadir dengan tempoh sah internet selama setahun.

Apa pun, dalam memastikan SIM aktif, pengguna turut perlu membayar RM30 setahun.


Pelan ini mungkin sesuai untuk sejumlah peranti berhubung yang memerlukan internet, tetapi tidak menggunakan data yang tinggi. Selain itu, ia juga mungkin sesuai untuk peranti kedua pengguna.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran pelan Hotlink Prepaid Pantas ini hari ini di laman rasmi Maxis.


 

 

15 Comments

  1. sesuai untuk mak2 di kg ni..kadang anak2 terlupa nak topup utk aktifkan no..skrg juga sy masuk website dia..TQ abam kie kebetulan juga tengah mencari

    ReplyDelete
  2. bestkan cikgu kalo dpt nombor henfon yg kita suka., hehe

    ReplyDelete
  3. Saya masih setia dengan Celcom hehe

    ReplyDelete
  4. Senang la macam tu, sebab dia aktif setahun. Saya setiap 2 bulan baru top-up, dulu memang guna hotlink, tapi agak slow liputan di kawasan saya, terpaksa tukar. Tapi nombor tetap sama, 012. Hehe.

    ReplyDelete
  5. Lepas ni lebih pantas lah update blog!

    ReplyDelete
  6. Saya dari dulu guna prepaid hingga kini..

    ReplyDelete
  7. Wah menarik ni. Saya pakai 2 phone, tapi phone lagi 1 tu kadang lupa nak top up. boleh lepas ni berubah ke maxis pula.

    Ubipanas

    ReplyDelete
  8. Jimat juga RM30 setahun.
    Macam saya top up tiap 3 bulan. Memang kena ingat untuk tarikh akhir top up.
    Macam biasa Abam Kie pengguna bijak.

    ReplyDelete
  9. menarik ni tq2 share.. line saya ni sedih di tempat2 tertentu kadang2

    ReplyDelete
  10. Paket quotanya lumayan banyak ya abam kie...20 GB cukup buat berselancar sebulan hehe

    ReplyDelete
  11. Adik saya baru langgan plan ni pakai aplikasi Maxis. 1 tahun plan internet yang ditawarkan. Dulu selalunya plan ni utk pelajar saja.

    ReplyDelete
  12. wah. bagusnya.
    kebetulan memang nak cari utk tab Ijat.
    dah betul dah tu, kat rumah dah ada unifi.
    kat ofis pun ada wifi kuat.
    di mana yg tiada, boleh guna, kan.

    ReplyDelete
  13. xpernah guna hotlink sbb ia mahal..huhu

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.