Semua orang nak kawin diatas kayangan. Pelamin ala ala cerita hindustan. Tapi jimat cermat untuk kawin itu lebih berkat dan disayang.

Panduan buat pengantin yang nak beli rumah awal lepas kawin.

1. Kad kawin jangan tempah yang mahal, kita saja syok sendiri. Lepas kenduri semua orang buang ketepi.

2. Kenduri buat sehari baik lelaki atau pihak isteri. Sekalikan lebih jimat, kita bukan anak menteri.

3. Baju kawin lebih murah sewa dari tempah buat, lebih hebat kalau baju kawin boleh pakai pergi kerja. Joyah Vages dah pernah buat ini.

4. Jangan berlumba hantaran siapa lebih banyak, pakat dengan calon suami dia bagi 5 kita balas 7 dengan berus giginya sekali.

5. Hantaran sebaiknya benda yang tak ada lagi macam mesin basuh, peti sejuk dan tilam saiz king. Ambil gambar atau letak voucer saja. Minyak wangi, kasut, bag tangan semua dah ada dan biasa!

6. Tetapkan jumlah tetamu, kawan opis, sedara dan jemaah surau dah memadai. Jangan jemput satu stadium bola. Kita bukan calon pilihanraya.

7. Jangan buat majlis waktu cuti sekolah, semua jadi mahal. Mak andan kata semua dah penuh tempahan, itu jadi mahal. Cari tarikh hujung minggu saja.

8. Guna bunga plastik bukan dosa, takyah bunga segar sangat, bukan boleh buat ulam makanan lepas kahwin.

9. Buat bajet dulu baru survey katering, jika tidak mereka akan bagi cadangan makanan paling mahal dan 'grand'

10. Cenderahati bagi yasin bercetak nama kita sudah cukup, tak perlu botol kaca ada ikan didalamnya. Janganlah hipster sangat dik!

11. Buat origami pandai, takkan hantaran nak mintak orang gubah. Pakai iphone belajar la di youtube belambak ada.

12. Buka satu akaun khusus untuk Projek Kawin. Masukkan dana dan jangan belanja lebih. Jangan guna kat kredit sama sekali. Baru jadi lelaki seksi

13. Jangan hadir Pameran Perkahwinan, nanti dari nak kawin sederhana jadi majlis kawin macam kitalah anak raja ghurka.

Tawaran mereka boleh buat kita rasa rugi tak terima, ayatnya "Alah kawin sekali nie saja, apa salahnya"

14. Jangan guna DJ atau set karoke. Pasang lagu Opik atau Maher Zain dan buat tetamu rasa cair telinga.

15. Masuk pertandingan bagi menang pakej honeymoon. Saya dulu menang pakej Berjaya Hotel, dapat honeymoon percuma ditaja.

16. Jangan buat Pinjaman Peribadi, semua yang pernah buat menyesal tak sudah. Depa malu la nak cerita, nanti orang kata padan muka.

17. Mak bapak mungkin tak setuju cadangan kita, tapi didiklah pasangan kita bagi faham tuntutan agama. Buat yang wajib saja.

18. Tak guna kahwin 'grand giler' tapi lepas kahwin menumpang rumah mertua. Mana ada 'raja' duduk rumah sewa deposit pun tak ada.

19. Buang rasa malu, kawin sederhana itu Sunnah. Kita bukan nak berlumba dengan anak Kak Mah.

20. Rancang duit hantaran sebagai deposit rumah, itu lebih bijak dari habiskan sehari bayar khemah dan makan sahaja.

#BeliRumahSebelumKawinBaruGagah.
#ShareJikaBermanfaatYa

12 Comments

  1. 1,2,3,12 &16 tu mmg kami buat dulu. Lepas bertunang, bukak joint account menabung sama2 tiap2 bulan utk persiapan kenduri kawen. Saya design sendiri kad kawen, ex-tunang print & weekend kami sama2 potong kad & masuk dlm sampul. Sbb buat kenduri di kampung di Sarawak tak ramai kawan2 dpt dtg jadi dieorg tanya nak hadiah apa, kami terus-terang kata nak lesung batu atau duit hihi. Sorang je yg bagi lesung batu yg lain bagi duit kami kumpul buat beli barang rumah (lepas tu ambik gambar & cakap terima kasih kat kawan2 sbb sponsor brg rumah kami). Majlis buat sebelah saya je, asalnya tak plan nak bersanding setakat buat yg wajib (nikah) tapi family nak jugak tgk kami bersanding jadi last minit sewa baju tradisional harga tak sampai RM150. Memandangkan wedding di kampung tak de khidmat photographer jadi kakak volunteer jadi photographer. Mmg jimat habis wedding kami tahun 2006, Alhamdulillah minggu depan genap 16 tahun usia perkahwinan. Semoga jodoh kami kekal sampai ke akhir hayat ameen…

    ReplyDelete
  2. Lawak idea nombor 5.
    Lain daripada lain bag I hantaran mesin basuh.

    ReplyDelete
  3. Semuanya saya setuju.. Majlis biar sederhana sebab kehidupan lepas majlis tu lagi penting.. Paling penting janganlah meminjam untuk majlis yang gah.. Menyesal nanti..

    ReplyDelete
  4. setuju...buat ikut apa yg kita ada. tak perlu fikir nanti orang kata apa, si polan kata apa...ehhhh bukan si polan tu yang nak tolong settle bil nanti

    yg ni ammi suka..."Guna bunga plastik bukan dosa, takyah bunga segar sangat, bukan boleh buat ulam makanan lepas kahwin" kalau boleh buat ulam best gakkan

    ReplyDelete
  5. majlis biar sederhana yg penting lepas kahwin bhgia n selesa berumah tangga

    ReplyDelete
  6. Bersederhana adalah lebih baik. Namun dalam bersederhana tu pun macam² perbelanjaan perlu dibuat..

    ReplyDelete
  7. Setuju. Saya kahwin 10 tahun lepas budget 5k sahaja. Tu pun dapat balik masa salam kaup..terlebih lagi..hehehehe..

    ReplyDelete
  8. betul sgt..besederhana lebih time. time sekarang ni semua serba mahal.. yg penting..lepas kawin tu nanti

    ReplyDelete
  9. Isssh setujuuu kali abam 😄👍. Nanti kalo anak2 saya menikah, saya akan nasehati untuk tidak terlalu glamour. Undang saja yg benar2 dikenal dan akrab dengan kita. Tak usahlah undang saudara yang kenal saja tidak terlalu dan hanya ketemu 10 tahun sekali. 🤣. Udah ga zamannya pake prinsip, 'semua saudara wajib diundang biar tak sakit hati'.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.