Assalamualaikum. Pada hari ini Abam Kie ingin berkongsi ulasan sebuah buku yang pernah dibaca 2 minggu yang lalu bertajuk 'Cerita Bilik Pengetua'. Abam Kie beli buku ini di Kedai Buku Banggol, Tanah Merah, Kelantan.

Buku ini berkongsi cerita mengenai kewujudan satu sosok tubuh yang banyak mempengaruhi dunia pendidikan di negara kita. Mereka dipertanggungjawabkan untuk memimpin sesebuah sekolah. Pemimpin atau pengetua inilah yang menggalas tanggungjawab ini.

Di dalam buku ini dikumpulkan pelbagai anekdot berkisarkan pemimpin sekolah yang ditulis hasil daripada temu bual, pengalaman, kes-kes benar dikutip, diolah, ditambah asam, garam, gula dan cili. Dengan pelbagai ragam dan situasi, menjadikan buku ini lengkap perasanya. Kita akan rasa tercuit hati dengan situasi yang lucu, geram pun ada dengan kisah yang tak disangka, sedih dan berbagai perasaan lain semasa membaca buku ini.

Tapi yang pastinya, buku ini sangat menghiburkan. Anda akan terhibur dengan pelbagai kisah yang dikongsi seperti Gangster Kampung Pisang, Staff Bermasalah, Tuisyen Felda, Pengetua Puaka, Panglima vs Bomoh dan lain-lain. Selain daripada pelbagai kisah menarik yang dihidangkan, ia juga ditulis dalam bahasa yang santai dan ringan, yang akan membuatkan bacaan kita lancar sehingga ke akhir muka surat.

Jadi, dapatkan segera!