Pada hari Isnin, 5 September 2022, lori tangki septik telah datang ke rumah abam kie untuk menyedut bahan2 terbuang dari dalam tangki septik, manholes dan telaga air buang. Sebenarnya tandas2 dalam rumah ini sudah tersumbat hampir setahun lalu. Cuma 1 yang x tersumbat. Bukannya Abam Kie tak nak panggil pekerja sedut tangki ni datang cuma abam kie baru sahaja memanggil mereka (dari syarikat lain la) pada bulan Mac 2021. Takkan la setiap tahun nak panggil tangki septik ni datang sedut? Pokailah pakcik!

Jadi pada hari Isnin tu datanglah 3 orang pekerja pembersihan dari Syarikat Cleantech Development, Wakaf Che Yeh. Mereka tiba pada jam 10.30 am. Kesemuanya orang tempatan. Jarang benar org kita nak buat kerja2 kotor mcm ni. Jadi pada hari tu mereka sedut semua tangki yang ada. Sedut tanpa tinggal sisa pun. Good job!

Abam Kie harap tak berlaku seperti apa yg dibuat oleh syarikat terdahulu tu. Baru 3 bulan lps sedut, tandas tersumbat kembali. Dah la bayar mahal sampai RM1250! Geram tul!

Kerja2 pembersihan tu mengambil masa 2 jam. Jadi sepanjang mereka buat kerja tu abam kie kena pantau. Tak boleh pakai biar mereka buat je. Kan abam kie bayar mahal untuk servis mereka. Selepas siap semuanya Abam Kie tanyalah berapa caj semuanya? Ketua mereka kata RM600. Alhamdulillah. Lebih separuh daripada yg syarikat terdahulu kenakan. Kuatnya mereka marked up price! Ada orang kata boleh dapat yang murah lagi. Mungkin Indah Water ada bagi harga yang lebih murah. Tak apa. Kita try tengok lagu mano nanti. 


9 Comments

  1. Separuh harga dari yang lepas ye.... Alhamdulillah... jimat sikit duit kan

    ReplyDelete
  2. Indah Water punya bil, RM48, setiap 3 bulan. :)
    Rumah mak mertua saya di kampung pun macam ni juga, kena panggil orang sedut, dalam selang masa tertentu.

    ReplyDelete
  3. Tempat saya percuma kerana sudah masuk caj cukai tahunan

    ReplyDelete
  4. Harap lambat lagi untuk dipanggil. Kalau 3 bulan cepat pula penuh bahan buangan.

    ReplyDelete
  5. kerja-kerja macam ni kena buat berkala dan perlu dipantau. pasal harga memang agak subjektif dan perlu banyak minta quotation untuk dapat harga yang terbaik.

    ReplyDelete
  6. Untuk rumah landed memang kena buat jadual berkala. Untuk lagi jimat elakkan dari memasukkan benda2 yang tidak sepatutnya ke dalam lubang tandas. Minyak pun tak boleh buang direct. Kumpul tepi.
    Memang perlu rajin dapatkan quotation dari service2 provider terbabit.

    ReplyDelete
  7. alahai kesiannya abe mcm kena tipu pula dgn co sebelum ni

    ReplyDelete
  8. Homak aih.. Mahal gila tapi tetap tersumbat.. Harapnya kali ini lebih baiklah perkhidmatannya..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.