Sebenarnya abam kie sudah tak minat memelihara kucing ni. Jika yang jantan, ia suka kencing merata. Yang betina pulak asyik mengandung dan beranak.Kadang2 tu ada yang berani memanjat ke atas kereta. Habis calar kereta. Bengang sungguh!

Tapi entah macamana kekerasan hati abam kie luntur bila anak2 abam kie membawa masuk dua ekor kucing jantan berwarna oren ke dalam rumah. Kucing2 ini sangat manja. Rasanya kucing2 ini milik jiran tetapi mungkin mereka datang ke rumah abam kie sebab kurang kasih sayang dengan tuan2 mereka dahulu. 

Kucing yang duduk di atas kerusi itu anak2 beri nama 'Jamal'. Yang ini lebih manja dan bersih berbanding dengan yang seekor lagi. Rasanya ia lebih muda sedikit. Kalau manusia la, rasanya lewat belasan tahun. 

Kucing yang kedua ini dipanggil 'Kumba'. Yang ini kurang manja sikit. Bila malam memang dia dengan sendiri pergi jalan-jalan dan akan balik pada waktu Subuh untuk meminta makanan. Berbeza dengan Jamal tadi yang cuba2 seludup untuk tidur di dalam rumah. Ada bagusnya ia jaga umah sebab setakat ini sudah 2 ekor tikus yang ditangkapnya.

Mereka berdua ini tak sebulu. Bekas makanan pun kena asing. Jika seekor makan, yang seekor lagi cuma memerhati. Jika bertembung pasti naik bulu dan akan menerkam antara satu sama lain. 

Si Jamal ni memang suka cari port yang sedap untuk tidur seperti iron board dan tilam. Kalau terserempak dengan abam kie, memang abam kie kejar sampai dia keluar rumah la!

Sementara itu Kumba ni boleh tidur di mana-mana aje seperti di atas karpet, tikar atau lantai simen. Rasanya ia berusia pertengahan 20an (kalau manusia la). Tubuhnya lebih gempal daripada Jamal. Bulunya pun lebih cantik dan gebu.

Begitulah kisah dua ekor kucing yang abam kie dan anak2 bela. Mungkin kehadiran mereka ini adalah jalan untuk abam kie untuk mendapatkan pahala lebih dengan bersedekah kepada haiwan. Mereka juga makhluk Allah yang perlu dijaga dan dikasihani. Betul kan?