Pada 20 September 2022 lalu, Abam Kie dan dua orang rakan guru iaitu Yuzailan dan Yusabri telah bertolak dari Tanah Merah, Kelantan ke Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu bagi menghadiri satu bengkel kerja anjuran JPN Kelantan. Kami bertolak pada jam 12.30 p.m. dan sampai di sana pada pukul 4.30 p.m. 

Bila sampai di sana, Abe Kie dipelawa oleh rakan guru, N, untuk tinggal sebilik dengannya. Hotel ini dah berusia 12 tahun dan bertaraf 2 bintang sahaja. Bilik paling murah RM188 semalam. Tapi untuk kakitangan awam dapat RM150 yang Abam Kie rasakan masih mahal. Foto di atas adalah pemandangan dari depan hotel. Jalan di sebelah sini tidak sibuk seperti di Kota Bharu. Cuma parkir hotel ini terhad. Jika nasib baik dapatlah parkir. Jika dah masuk parkir, janganlah keluar jalan2 sebab dikhuatiri bila balik nanti ruang itu sudah diambil orang!

Pemandangan dari belakang bilik hotel yang menghadap Sungai Terengganu dan Jambatan Sultan Mahmud. Sekali-sekala dapat melihat bot nelayan yang pulang dari menangkap ikan di lautan. 

Pada petang Selasa tu Abam Kie cuma berjalan2 ke waterfront sementara di belakang hotel tu. Kat waterfront ini ada banyak gerai yang menjual street food seperti sosej, burger, takoyaki, maggi kerabu, roti john dan lain2 lagi. Jika pada malam minggu lagi meriah dan 'happening' kat situ. Gambar di atas tu berlatarbelakang matahari terbenam. Indah bukan?

Pada malam pertama di hotel tu Abe Kie tidak boleh melelapkan mata walau sepicing pun kerana N berdengkur dengan kuat sekali sampai ke Subuh. Geram tul! It was very annoying and disgusting. Rasa macam nak siram air ke mukanya. Tapi sabar je la sebab N ni baik dengan Abe Kie cuma dengkurannya macam serombong kapal tu cukup menyeksakan dan membuatkan Abe Kie trauma untuk berkongsi bilik dengan siapa2 di hotel. Tapi dalam pada tak tidur lebih daripada 24 jam tu Abe Kie masih mengagahkan diri untuk mendengar taklimat oleh pegawai2 JPN sampai ke tengahari Rabu tu.  

Selepas lunch dan solat Zuhur baru Abe Kie terfikir untuk melawat anak saudara, Kak Long, yang memang menetap di KT ini dengan suami dan 4 orang anaknya. Lalu Abe Kie DM dia untuk menyatakan niat Abe Kie untuk berjalan2 ke rumahnya. Memang Abe Kie belum pernah ke rumahnya di KT ni. Kalau ke rumah kakak di Dungun tu memang selalu la. Foto di atas adalah rumah sewa Kak Long. 

Pada malam tu Kak Long datang mengambil ayah saudaranya ni di hotel. Sebelum sampai ke rumahnya di Kg Belukar Jambu, kami singgah makan di Chendering. Kami sampai di rumahnya pada jam 10.40 malam. Bual2 kejap, pukul 11 malam tu Abe Kie terus masuk tidur. Rumah sewanya kecil aje tapi selesa dan bersih. Rumahnya bersambung dengan bengkel kereta dimiliki suaminya, Sani. Mudahkan, rumah dan bengkel satu tempat je kan?

Keesokannya Abe Kie, Sani dan Kak Long makan nasi lemak sambal ikan tongkol sebelum menghantar Abe Kie ke hotel. Masa sampai tu sesi bengkel dah bermula tapi Abe Kie kena naik ke bilik jap untuk bersiap2. Tak apa lambat pun sebab hampir semua benda yang penceramah nak bagitahu tu dah Abe Kie sedia maklum. 

Sesi bengkel pada 22 Sept (Khamis) tu tamat pada jam 10.00 pagi. Abe Kie minum teh dan makan nasi goreng di hotel sebelum check out pada jam 11.00 am. Perjalanan pulang tu melalui Jalan Pantai sebab kami bertiga bercadang nak beli otak-otak, satar dan keropok lekor.  Lan yang drive berhenti di Kedai Keropok Bayu Enterprise yang terletak di Merang, Setiu untuk beli keropok. Di sinilah sejarah tercipta apabila kami terpaksa menunggu sehingga 90 minit untuk selesai membeli keropok! Orang yg beratur x la ramai tapi sorang2 tu beli banyak2 sampai RM60 sehinggakan pekerja kat situ x sempat nak menyiapkan keropok pada masa yang cepat. Jika anda jenis yang tak sabar, dinasihati agar mengelakkan kedai ini jika nak beli keropok ye? Jadi banyak masa kami terbuang di sini. Nasib baiklah keropoknya sedap. Jika x sedap memang menyumpah la Abe Kie kat kedai ni!

Perjalanan diteruskan sehingga kami berhenti solat jamak Zuhur dan Asar di Masjid Kg Penarik yang tersergam indah tu. Usai solat, kami meneruskan perjalan dan berhenti makan tomyam di Kg Anak Ikan, Besut. Masa tu dah pukul 3.15 pm. Mananya tak lapar weh!

Setelah perut pun dah kenyang perjalanan diteruskan ke Tanah Merah dalam cuaca mendung disusuli hujan yang sederhana. Alhamdulillah. Abe Kie selamat sampai di rumah pada jam 5.20 pm. What a long journey!