1. Bila kita bersara, bagi kakitangan kerajaan yang khidmat lebih 30 tahun akan dapat 60% dari gaji akhir. Gaji ini tidak termasuk elaun, gaji semata mata. Mereka juga akan dapat ganjaran persaraan bergantung gred gaji akhir mereka. Selain itu ada juga disebut ganjaran cuti juga akan dapat sekitar 120 hari dari cuti kita yang tak digunakan sepanjang perkhidmatan.
 
2. Bagi kakitangan swasta yang bergantung harap pada KWSP yang kadar minimum yang KWSP tetapkan adalah RM240,000 yang mana 20% pun penyimpan belum capai. Dengan andaian kita hanya ada RM240,000 sebagai dana persaraan, jangka usia lelaki hidup sebelum bersara sekitar 74 tahun, wanita 77 tahun . Dengan belanja RM1000 sebulan, akan tampung hidup kita selama 240 bulan (20 tahun)
 
3. Dengan andaian ini, mohon elak lakukan perkara bila bersara :
 
a) Taja perkahwinan mewah anak kita - Kos perkahwinan mewah biasanya modal sekitar RM50,000 sahaja. Kita masih ada banyak baki RM190,000 lagi dari RM240,000.
 
b) Tukar Kereta SUV baru - Jika kita beli X50 sebab nak jalan berdua bila bersara nanti, akan nampak sangat bergaya dan seksi. Semua kawan akan bangga dengan kita. Modal cuma RM88,000 sahaja. Masih berbaki RM102,000 dari duit persaraan kita.
 
c) Bina Rumah Di Kampung - Sebab dah terbeli tanah waktu mula kerja dulu. Modal sebuah rumah yang keluasan 1500 kps dengan harga RM135 psf akan makan belanja RM202,500 sahaja. Jangan risau, kita boleh 'tekan' anak sulong kita mintak dia pinjam loan Bank Rakyat, takkan dia nak jadi anak derhaka tak bantu ibubapa yer dak?.
Tak cukup RM100,500.00 sahaja, takkan anak tak boleh buat Personal Loan bantu kita kot. Kita dah bagi didikan semua!
 
d) Buka Kedai Runcit - Nak mula berniaga macam orang Aceh kat Kampung Sg Buloh, macam kencang jer bisnes diorang. Modal kedai dan masuk barang sekitar RM50,000 sahaja katanya, nak duit berkembang katanya. Kata Puan Ainon Mohd yang ramai orang kecam, 98% orang yang kali pertama berniaga akan gagal.
"Kau ingat aku tak pandai berniaga ka, 'see my leg' la bro?" Kita doakan moga berjaya .
"Habis bang, takkan duit pencen kita nak simpan jer bang?"
"Woi, sapa suruh simpan enjoy jer la. Kerja 30 tahun takkan nak simpan lagi penat la woi, penat!"
"Abis tu, abang cakap macam semua benda tak boleh pakai jer dengan duit pencen saya bang?"
"Pakai jer, duit kau bukan duit abang pun"
 
4. Purata hidup orang Malaysia adalah 75 tahun, kita ada 'modal usia' nak hidup 20 tahun lepas bersara. Jika sebulan hanya belanja RM1000 sebulan, setahun kita perlukan RM12000 dan 20 tahun kita perlukan RM240,000 sahaja!
 
5. "Anak anak saya ramai bang, sekarang lah mereka nak balas jasa saya sebagai ibubapa. Seorang seribu cukuplah, dah ada RM5000 sebulan" Kata Haji Marzukhi Baharom sambil lepaskan asap Gudang Garam seludupnya.
 
6. Duit yang ada, kita sebaiknya jangan laburkan ditempat yang berisiko tinggi untuk susut nilai dan hilang.
 
7. Selepas bersara kita tetap perlukan makanan, perubatan, jalan jalan, makan kenduri, ziarah sedara, isi minyak kereta, beli biskut jagung, tukar bateri kereta, hidupkan insuran kereta, sesekali bini nak makan sushi, tayar kereta botak, belanja bini makan durian Udang Merah, naik kapal terbang pergi Bandung makan nasi Padang, beli minyak cap kapak atau yuyi cap limau, bayar netflix, sedekah surau, bil hp dan unifi dan tukar berus gigi baru 3 bulan sekali.
"Banyak belanja woi! tang mana bila dah pencen tak pakai banyak duit diorang cakap?"
 
8. Kos belanja hidup akhir persaraan adalah 70% dari gaji akhir kita biasanya. Hindari Dana Persaraan untuk tujuan Pelaburan untuk kembangkan duit kononnya (Dah 30 tahun tak cukup lagi ker nak kembangkan duit).
Letak sahaja dalam ASB, Tabung Haji atau KWSP untuk ambil secara bulanan atau tahunan. Tak perlu labur ditempat berisiko lagi.
Ahh penat dah tulis woi, pepandailah duit korang bukan duit abang dik.
 
Azizul Azli Ahmad
Siapkan Diri Sebelum Bersara

13 Comments

  1. takut x cukup duit plak lepas bersara huhuhu

    ReplyDelete
  2. Gunalah untuk perkara yang membuatkan pesara itu happy

    ReplyDelete
  3. Hehe, macam kelakar pulak, cara penulisan di atas. Orang tua saya, keduanya kerja kerajaan dulu, tak habis makan duit pencen. Siap bole jalan-jalan duduk hotel selesa. Alhamdulillah, asal dia orang happy.

    ReplyDelete
  4. Masih harus dihitung inflasi juga kan 😅.. memang ya bang, masalah uang untuk pension ini harus lah dipikirkan dari sejak muda. Saya termasuk yang menentang sandwich generation, karena itu tak nak sangat membebankan anak2 saya dengan biaya ibu bapaknya. Karena orang tua sayapun masih tetep berbisnis sekarang ini sehingga tetap punya uang sendiri. Saya juga mau seperti itu. Tidak menyusahkan anak2.

    Jadi masa sekarang memanglah kerja keras, dan investasi buat bekal masa tua 😄

    ReplyDelete
  5. Banyakkan sedekah untuk tabung akhirat. Itu yang penting. Kekal abadi. Rugi tidak labur di sana.

    ReplyDelete
  6. selalu berangan dapat duit pencen nanti nak travel. macam la ada juta-juta. haha

    ReplyDelete
  7. Berpada-padalah dalam belanja... Lebih elok sedekah. Sedekah tak akan memiskinkan kita

    ReplyDelete
  8. artikel ni cukup membuka mata tentang bahaya boros di awal persaraan. biasanya saya tgk orang2 yang baru bersara ni akan tukar kereta baru, katanya nak enjoy duit lepas bertahun2 kerja.

    ReplyDelete
  9. Untungnya orang bersara ada pencen setiap bulan

    ReplyDelete
  10. Seronoknya orang pencen dapat duit kepok2 bila dah pencen

    ReplyDelete
  11. betul tu, sebaiknya urus dgn bijak duit persaraan tu. tepuk dada tanya hati.

    ReplyDelete
  12. Kena bijak berbelanja untuk teruskan hidup selepas bersara..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.