REWARD DIRILAH DULU!

"Kereta nie aku beli sebab reward diri masa habis belajar walau cukup cukup makan. Janji konvo bro" cerita Ustaz Madi pada Ustaz Abu Shapiq .

"Tiap bulan aku beli satu handbag sebagai reward diri, letih gila kerja nie. Kita kena hargai diri kita sendiri. Barulah bahagia". cerita Suraya sambil betulkan tudung itiknya.

Ramai orang guna istilah ini untuk hargai diri, mari kita belajar reward diri yang lebih bernilai, cadangan saya reward lah dengan :

1. Daftar haji bila mula kerja, modal cuma RM1300 sahaja. Ini lebih bernilai

2. Belilah emas sebagai simpanan pertama mula kerja. Simpan satu bar gold sebagai kenangan gaji pertama.

3. Lindungi diri dengan Takaful Hayat, jika kita meninggal atau hilang upaya anak isteri terjaga kebajikannya.

4. Buat simpanan hingga ada 6 bulan gaji. Baru puas lihat simpanan semua.

5. Mengembara dan jalan jalan lihat tempat orang lain. Semakin banyak berjalan, semakin kita berkembang.

6. Belilah kasut sukan baru agar bersemangat untuk sihat dan jelitawan.

7. Beli buku yang kita dah lama nak beli tapi tak mampu. Balut plastik dan bacalah kandungannya.

8. Hadir seminar untuk bijakkan diri

9. Buat simpanan dan belilah sebuah rumah kecil sebelum 5 tahun usia kerja.

10. Buat kebaikkan dengan bantu orang miskin dan susah yang memerlukan, modal kita tenaga dan belanja mereka.

Reward diri dengan benda yang ada nilai tambah, bukan kurangkan harta kita kawan.

Berhentilah menarik perhatian orang lain, terutama orang yang membenci kita.

Kerana kamu tidak perlu menunjukkan apapun kepada orang yang mencintaimu dengan tulus iklas

Jika ada cadangan, saya sangat raikan.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

7 Comments

  1. Takpe lah .. setiap orang ada cara diorang tersendiri untuk rewards diri... Mungkin mereka ada buat semua tu... Sebab yang diorang beli untuk rewards tu hanya sekali ...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah tiap mampir ke sini Mbul selalu dapat ilmu yang menenangkan jiwa. Bekal tuk hari depan dan juga kelak kita meninggal. Reward untuk diri sendiri penting adanya agar kita bisa merasakan kebahagiaan dan hidup yang lebih bermakna atas jerih payah kita. Salam ^^

    ReplyDelete
  3. Betul, kena bijak kewangan dalam zaman sekarang serba mahal ni. Bila dah kukuh kewangan nak reward dari segi material juga tak salah. Yang salah ialah bila hutang keliling pinggang tapi masih ada hati nak self-reward dengan kereta / handbag / percutian overseas (dengan cara menambah hutang).

    ReplyDelete
  4. Betul itu penghargaan (rewards) yang menguntungkan dan memberi manfaat.
    Tapi tidak salah kalau penghargaan diri beli beg tangan baru kalau beg tangan lama dah lusuh. Asal jangan membazir beli beg banyak-banyak sampai tidak terpakai.

    ReplyDelete
  5. bagus cadangannya..reward yg beri nilai tambah pd diri & kehidupan..sesekali beli barangan branded/mahal utk diri sendiri pun ok...

    ReplyDelete
  6. reward utk sendiri...so true.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.