Ada segelintir ibu bapa suka berbohong tentang maklumat diri. Terutama bila mereka kerja sendiri.

Tempat ruangan pendapatan tu dia letak gaji RM700 - RM1500 sahaja. Maka bila ikut kira-kira, anak dia layak dapat semua bantuan yang ada. RMT, KWAMP, bantuan RM100 setiap anak dan sebagainya. 
 
Tapi bila pergi ke rumah, rupanya ada kereta mewah. Ada pula kereta kedua malah ke tiga. Motor dua tiga biji. Rumah milik sendiri yang agak besar juga. Duit poket anak pun mampu beri hingga RM5 sehari.
 
MasyaAllah. Tidak ada sedikit rasa bersalahkah dalam hati mereka-mereka ini?
Menipu pendapatan untuk sedikit bantuan. Mengambil benda yang bukan hak kita.
Bagaimana status halal haram setiap suap nasi RMT yang anak kau suap itu? Bagaimana status halal haram setiap wang ringgit yang diambil bukan milik kita?
 
Apa kamu masih punya agama?
 
Makan benda yang bukan hak ini memberi kesan. Tidak hairanlah bila belajar anak susah faham. Tidak hairanlah jika hidup tidak berkat walau dikelilingi duit yang banyak. Itu belum dikira pembalasan di hari akhirat.
 
Usah tamak bantuan yang sedikit. Usah gelojoh dengan peluang yang bukan milik kita.
 
Tidak berbaloi hanya kerana sedikit bantuan yang kita perolehi secara haram, kesannya besar pada anak-anak dan keberkatan hidup sepanjang zaman.
Yang bukan rezeki kita, lepaskan. Hak orang lain, pulangkan.
 
Bila Allah dah tetapkan rezeki kita, ikan yang dikail terlepas pun lompat naik ke darat dengan sendiri.
 
Yang pernah buat, harap insaf. Yang belum buat, jangan buat. Nanti hidup tidak berkat. Bukan sahaja hidup kita, mungkin akan membawa sampai ke anak-anak.
 
Begitulah.
 
Kredit kepada Cikgu Fadli Salleh

 

12 Comments

  1. biasa nampak orang buat gitu cikgu oi, kalau dana dengan edy bagi jelah slip gaji buat apa nak menipu kan. Pernah jumpa di pejabat ni memang suaminya kerja sendiri tapi pendapatan sebulan selalu tak lari 10k pun tetap dia letak gaji tak sampai 2k.

    ReplyDelete
  2. tak suka mcm ni...mcm kita ambil bahagian org yg lebih memerlukan.

    ReplyDelete
  3. Berdosa kan ambil hak mereka yang sepatutnya

    ReplyDelete
  4. ada orang x kisah halal haram, asalkan senang bagi depa..

    ReplyDelete
  5. rasanya dari zaman ciknur sek men pun org kita dah menipu huhuu
    sb dulu ingat lg ada kwn bapa yg kaya pun dpt bantuan

    ReplyDelete
  6. Bukankah semua bantuan kerajaan mesti mereka yang berdaftar dengan eKasih. Data eKasih sentiasa dikemaskini.

    Kenapa pihak sekolah memberi bantuan kepada mereka yang tidak berdaftar dalam sistem eKasih? Sekiranya mereka dari keluarga susah, sepatutnya pihak sekolah memberitahu kepada pihak eKasih untuk mendaftarkan mereka.

    Secara tidak langsung ketelusan maklumat dapat diatasi.

    ReplyDelete
  7. Berkat dan halal yang masuk dalam mulut itu penting.
    Itulah kira ambil hal orang susah yang lain.

    ReplyDelete
  8. memang ada segelintir ibu bapa yang bersikap begini

    ReplyDelete
  9. nauzubillah risau mama bila fikir mcm mana la anaknya tu. berkat ke tak berkat alahaii

    ReplyDelete
  10. Ha ah, saya sendiri pernah jumpa orang macam ni. Tak tau camana dia boleh rasa tak bersalah.

    ReplyDelete
  11. inilah sikap yang tamak dengan harta dunia...mentaliti suke menerima daripada memberli

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.