Assalamualaikum. Sedar tak sedar usia Abam Kie sudah hampir senja. Cepatnya masa berlalu. Tanggal 19 Mei 2022 hari Khamis, Abam Kie genap 49 tahun. Seperti biasa abam kie buat sambutan kecil2an je. Selalunya sambut dengan keluarga di rumah. Cuma tahun ni kita sambut di sekolah la pulak bagi meraikan rakan2 sekerja. 

Abam Kie siap tempah 2 biji kek dengan Cikgu Zek. Satu untuk dimakan di sekolah manakala satu lagi untuk dibawa balik ke rumah. Ketupat palas juga siap ditempah dengan ibu pelajar. Tak banyak. Cuma 50 biji aje.

Maka pada pagi Khamis lalu kami guru2 lelaki pun meraikan ulangtahun kelahiran Abam Kie yang ke 49. Tahun depan akan masuk 5 series. Huhuhu. Jamuan ala mudah je. Minuman belum sampai lagi tu. Dalam gambar di atas tu dari kiri Cikgu Rusmawi, Cikgu Zafni, Sir Marzuki, Cikgu Latfi dan Ustaz Zulmajdi. Dalam bilik guru ni ada 10 orang je guru lelaki. Jumlah semua guru lelaki termasuk pengetua adalah 20 orang je. Jumlah semua guru 90 orang. 


Abam Kie sertakan sekali klip video sambutan hari lahir tempohari buat tatapan rakan2 blogger. Nanti boleh la anak2 dan cucu tengok apabila Abam Kie sudah tiada lagi. Semakin berkurangan umur ini, Abe Kie sentiasa berdoa agar diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Biasalah, bila dah berusia ni penyakit sudah ada, jadi apa yang mampu dibuat cuma mengawalnya daripada melarat. Aamiin. 😍👄

16 Comments

  1. Selamat hari lahir ke 49, Abam Kie. Wahhhh, Abam Kie nampak kurus sikit, sikit ajelah, hihihi. Tak tak tak, memang betul, Abam Kie nampak susut sikit, diet eh?

    Sy doakan semoga Abam Kie diberi kesihatan yg baik, panjang umur, bahagia dan sejahtera selalu, Amiiinnnn YRA.

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir a.kie..moga panjang umur dan murah rezeki sokmo..aamiin..:)

    ReplyDelete
  3. semalat ulang tahun kelahiran..semoga sentiasa dilindungi Allah.

    ReplyDelete
  4. Ha, senang la nak ingat. Birthday Abam Kie 19 Mei, birthday saya, 20 Mei. Happy belated birthday, Abam Kie. Semoga sihat sejahtera, murah rezeki dan dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Lahir Abam Kie. Moga dirahmati allah sentiasa...

    ReplyDelete
  6. Salam abe. Lama Syu x singgah sini. Tahu-tahu dah 49 thn dah umur abe. Apa2 pun. Selamat hari lahir abe. Moga panjang umur & dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  7. Semoga sentiasa diberkati Allah SWT. Selamat ulangtahun kelahiran Cikgu AK.

    ReplyDelete
  8. 49, muda lagi
    ada 11 tahun lagi boleh berkhidmat
    Selamat hari lahir cikgu

    ReplyDelete
  9. Alhamduillah, selamat hari lahir Abam Kie, semoga Allah memelihara abam selalu

    ReplyDelete
  10. ALHAMDULILLAH SANAH HELWAH CIKGU MOGA AFIAH SJHTRA MURAH REZKI SUKSES DUNIA AKHIRAT

    ReplyDelete
  11. Selamat ulangtahun kelahiran Abam Kie :)

    ReplyDelete
  12. makin ensem abe kie berumur 49 tahun ni hihi.. selamat hari lahir ye semoga panjang umo dan murah rezeki

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Lahir. Semoga terus panjang umur dan diberi kesihatan

    ReplyDelete
  14. Happy belated birthday Abam Kie..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.