Kita kalau bergaji RM3,000 bukannya semua kita makan sorang-sorang. Gila kedekut. Tak best wei, makan sorang. Agihkan kepada orang lain juga.

1. Rezeki isteri

Kena bagi isteri nafkah selayaknya. Kalau dua-dua bekerja, gaji suami sebaiknya lebih dari gaji isteri. Isteri yang berdikari tu bagus, tapi kena semat dalam hati, dia masih perlukan suami....

2. Rezeki mak bapak

Sejak kecik, mak bapak banyak dah berkorban untuk kita. Tak berkira pun. Jadi, bila dah ada gaji tu, asingkan siap-siap bagi kat mak bapak. Sekali sekala, belikan barang dapur.

3. Rezeki anak-anak

Dah namanya anak kita. Takkan nak suruh jiran kita pulak yang sara kan? Pampers, susu kalau ada promo, beli terus stok sebulan. Jimat sikit. Sekali sekala belikan toys bagi dorang happy.

4. Rezeki adik beradik

Tak salah kalau kita belanja adik-beradik kita makan ke, belikan apa-apa ke. Lagi-lagi kalau kita ni anak sulung. Tapi adik-adik pun jangan biasa paw akak abang je. Usaha sendiri jugak.

5.Rezeki ejen takaful

Ambil takaful, lagi-lagi kalau kita ketua keluarga. Ejen dapat komisyen, itu rezeki dorang. Kalau kita pergi dulu, duit pampasan tu, rezeki isteri dan anak-anak pula.

6. Rezeki orang tak dikenali

Pengemis, homeless yang makin ramai kat Kuala Lumpur ni pun, rezeki dorang ada kat dalam gaji kita. Tabung masjid dan zakat pun sekali, jangan buat-buat hilang ingatan ya.

7. Rezeki diri sendiri

Gaji ni amanah dari Allah. Uruskan dengan baik. Asing simpanan untuk beli rumah, pelaburan, tabung kecemasan. Mana tau rezeki kita nanti dapat hidup senang hasil pelaburan.

Sekali sekala reward diri pun tak apa. Bukannya bila berjimat, tak boleh langsung nak enjoy. Reward diri sendiri bila dah berjaya simpan RM10K contohnya. RM1K bawak famili melancong jalan-jalan.

Bila dapat je gaji lepas ni, pastikan kita agihkan kat orang lain juga. Gaji RM2K ke, RM4K ke, kalau kita takda sifat memberi, macam mana Tuhan nak memberi kita lebih dan lebih lagi, kan?

Kredit: Harith Faisal

9 Comments

  1. ya setuju tu..walaupun skit tetap jgk ada rezeki utk org lain..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, kalau isteri jg turut membantu dlm perbelanjaan keluarga...

    ReplyDelete
  3. Betul tu, sy pernah baca, orang yg dah mennggal dunia minta dihidupkan kembali semata utk berkongsi rezeki (sedeqah).

    ReplyDelete
  4. Betul. Sedekah juga, bawa berkat. Tak semestinya banyak. Banyak mana kita mampu, asal ikhlas. Insya-Allah, ada ganjarannya.

    ReplyDelete
  5. Banyakan sedekah, 1 kita bagi..mana tahu 100 dtg balik kat kita..

    ReplyDelete
  6. ALHAMDULILLAH SALING BERBAGI BERKONGSI REZEKI

    ReplyDelete
  7. yang kita sedekah tu je bahagian kita, yang lebih tu semua bahagian orang lain

    ReplyDelete
  8. Betul tu abam. Sebab tu selalu support peniaga kecik sebab rezeki kita rezeki diorang jgak hehe

    ReplyDelete
  9. duit yang anda perlu dibelanja secara bijak agar tidak menyusahkan orang lain

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.