Tadi kat fb Abam Kie terjumpa posting lama seorang brader ni share tips apa yang menantu lelaki boleh prepare kalau balik raya belah rumah mertua. Nice gila.

Yang muda-muda kena belajar ni.

1. Pastikan kau boleh masak at least satu resipi masakan yang power. Train betul betul sampai kau master masak benda tu. Contoh, pandai masak nasi beriyani. Bila balik kampung ramai ramai tu ambil peluang offer masak nasi beriyani.

Percaya cakap aku, orang akan tunggu kau balik tahun depan sebab nak makan nasi beriyani lagi, dan orang akan anggap kau terer masak, walhal kau tahu buat satu benda tu je.

2. Kau kena belajar buat simple trick, magic macam tu lah. Yang mudah mudah, belajar je kat youtube.

Berlatih 2-3 trick kemudian masa kat rumah mertua panggil anak anak sedara yang kecik kecik bgtau kau nak ajar buat magic. Budak budak beb, kau ajar dia buat magic, dia ingat jasa kau sampai ke tua.

3. Teka teki. Study beberapa teka teki. Campur kan teka teki yang senang, sederhana, susah dan kompleks. Sama juga method dia, panggil anak anak sedara bagikan teka teki tu suruh jawab.

Lepas tu bagi lah hadiah apa apa kalau budak budak dapat jawab. Ingat, teka teki ni akan buat anak anak orang pun bergantung kat kau macam kau lah bapak dia, sebab dia suka kau.

4. Observe pak mertua kau hisap rokok apa (kalau dia hisap rokok lah). Masa balik bawak sekali sekatun rokok Dunhill/etc hadiah kan ke pak mertua. Nak tekel orang tua, paling senang bagi benda yang paling dekat di hati dia.

5. Buah tangan - yang ni boleh fikir sendiri. Paling kurang belikan kain batik untuk mak mertua, kain pelikat untuk pak mertua. Kalau bajet ketat nak beli baju mahal mahal, bawak balik 2 pakaian asas orang melayu tu. Tak ada siapa boleh argue kau punya 'wise'.

6. Jom naik dengan saya - ni ayat kau kena biasakan pakai bila dengar sedara, pak mertua, mak mertua nak bejalan rumah siapa siapa masa hari raya.

Bila sampai kampung, cari jalan parking kereta paling belakang. Lepas pelawa "jom naik dengan saya", sambung lagi "kereta saya paling senang keluar tu haa". Jadi tak ada alasan orang menolak.

7. Sediakan 'car jumper' dan advance toolbox dalam boot kereta kau siap siap. Bila ada apa apa hal kereta sedara mara problem, offer lah perkakas yang kau ada tu, sebab normally perkakas toolbox asas je tak cukup.

8. Bila bersembang, banyakkan mendengar. Seeloknya jangan lead sesi borak tu. Biarkan flow dia orang lain kontrol. Identify point point bantuan yang muncul dalam borak tu.

Kau boleh relate dengan list kawan kawan yang mungkin boleh tolong ikut portfolio masalah yang muncul.

Contoh, borak tu cerita pasal nak cari apa apa supply/barang, kalau match dengan contact, baru kau bersuara;
"Saya ada kawan biasa buat benda ni, dia boleh tolong ni.." - dalam masa sekejap kau jadi orang penting. Pastikan kau deliver, jangan sembang kosong.

9. Keperluan persiapan tak cukup - kau kena cakap kat isteri kau (dan pastikan sedara mara ipar duai dengar apa kau cakap);
"Aawak tanyakan mak tu kot ada apa apa barang masak tak cukup? Abang nak keluar kejap ni alang alang boleh beli sekali"

10. Masa nak keluar tu, bawak anak anak sedara sekali, belikan gula gula atau air kotak. Benda simple.

11. In case kau tahu ada sedara mara nak keluar beli barang, dalam hal ni kau terlambat sebab deal dah orang lain tak charge, kau bertenang. Apa kau kena buat? Kau offer kunci kereta.
"Pakai kereta saya je senang bang, keluar terus je tu haa"

12. Tak payah nak menyibuk sangat kat dapur kalau tak ada keperluan. Banyakkan masa kat ruang tamu dan interact dengan orang.

13. Ni last, in case tak ada benda sangat dah kau nak buat, baru lah snap gambar gambar apa patut dan upload fesbuk, tag saudara ipar duai yang ada dalam friendlist, letak caption;
"Seronok betul sambut raya kat sini. Meriah, semua saudara best dan sempoi"

Aku ni dah seasoned, tak payah dah pakai trick trick semua ni.
Hangpa yang muda muda ni kena belajar.
Benda kat atas ni tak perlu tunggu kau kaya raya baru boleh buat, biasa biasa pun dah lebih dari cukup
Ingat, biar lah kau cuma pakai kereta Myvi tapi budi pekerti kau mesti menten macam Ferrani
Tag lah pasangan hangpa masing masing.

Selamat pulang ke kampung dan berhati-hati memandu semuanya.

8 Comments

  1. Orang lelaki senang nak bawa diri, hihi.

    ReplyDelete
  2. Yang pentingnya hormat dengan keluarga mertua dan jangan jadi kera sumbang. Barulah keluarga mertua senang dengan menantu lelaki tu hehe.

    ReplyDelete
  3. bak mai tips menantu perempuan pulak abam kie

    ReplyDelete
  4. saya dah tiada bapa atau emak merrtua lagi hehehe...selamat hari raya abam kie

    ReplyDelete
  5. ha ha ha..good sharing! ramai anak muda x tau ni.. kan.

    ReplyDelete
  6. selamat hariraya abe maaf zahir dan batin

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.