Assalamualaikum. Abe Kie mula berkhidmat sebagai guru pada 16 Sept 1997 di SMK Majakir, Papar, Sabah. Pada Jun 2001, Abam Kie berjaya pindah ke Semenanjung dan ditempatkan di SMK Ayer Lanas, Kelantan. Bertugas kat sini cuma selama 2.5 tahun je sebelum bertukar ke sekolah sekarang iaitu SMK DMPR2, Tanah Merah, Kelantan. Rasanya ini tahun ke 19 Abam Kie berada di sekolah ini.

Kenaikan pangkat guru2 ijazah ni menggunakan sistem time-based. Mula2 posting tu masuk gred DG41. Masa abam kie masuk kerja dulu kena duduk dlm gred ni selama 10 tahun sebelum dinaikkan pangkat le gred DG44. Tapi sekarang ia dipendekkan kpd 8 tahun aje. 

Dalam gred DG44 ni selama 8 tahun juga sebelum dinaikkan ke DG48. Di gred DG48 ni kena berkhidmat selama 6 tahun. Barulah akan dinaikkan pangkat ke DG52 spt apa yang Abam Kie dapat tempohari. Utk DG52 ni kena tunggu 3 tahun sebelum naik ke DG54. Inilah gred tertinggi dalam perkhidmatan untuk guru2. Pendekata formula kenaikan pangkat guru2 ialah 8-8-6-3. Mudah kan?

Alhamdulillah. Pada 6 April 2022 lalu Abam Kie telah pergi menerima surat kenaikan pangkat DG52 di PPD Tanah Merah. Cuma ada selangkah lagi yg perlu dicapai sebelum meninggalkan dunia perguruan ini. Semoga Allah memanjangkan umur untuk merasai detik-detik bersejarah itu.

Sekian. Terima kasih.

22 Comments

  1. tahniah abe kie mama tumpang gembira

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah naik 52. so Abam Kie ni dah boleh dikira antara guru otai la kat sekolah sekarang hehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah Abam Kie. Wahhhh.. kena open table ni 😍😍😍

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah,tahniah abam kie

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah tahniah cikgu. Lama tu nak kena tunggu. Semoga sentiasa kuat dan sehat untuk berbakti pada anak bangsa. :)

    ReplyDelete
  6. walaupun x faham sistem kenaikan gov ni hehehe pape pun tahniah!!

    ReplyDelete
  7. tahniah abam kie, dah masuk ppd dah ye..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..tahniah a.kie..nnt open table deh..:)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah tahniah cikgu rezki

    ReplyDelete
  10. Tahniah abe kie..sy pun baru je naik dg44..rezeki.

    ReplyDelete
  11. Apa lagi? Open table lah! hehehe

    ReplyDelete
  12. Tahniah Abam Kie, rezeki di bulan Ramadan.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, tahniah Cikgu Kie di atas kenaikan pangkat gred 52.. Kalau kat bomba nie, dah boleh jadi pengarah bahagian ataupun pengarah ibu pejabat.. Semoga ilmu yang Abam Kie turunkan pada anak didik akan menjadi berkat..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.. tahniah Abang Kie.. semoga diberkatiNya dan dimurahkan lagi rezeki atas segala jasa menjadi guru, mendidik anak-anak bangsa.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. Tahniah cikgu . mungkin sempat lagi ke JUSA C nanti

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.. Tahniah Abe Kie @ Cikgu Zuki!

    ReplyDelete
  17. alhmadulillah...tahniah abam kie...nanti pencen banyak juga duit

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah.. Tahniah Abam Kie..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.