Assalamualaikum. Pada suatu hari semasa window shopping di Shopee terbuka pintu hati nak mencari novel klasik karya Khadijah Hashim bertajuk 'Badai Semalam'. Novel ini diterbitkan pada tahun 1968 dan menjadi teks wajib kertas Kesusasteraan Melayu SPM sekitar akhir 70an hingga awal 90an. Abe pernah terjumpa novel ini di rumah jiran yang mengambil SPM tahun 1981. Tapi pada masa tu Abe Kie tak baca la sebab masih kanak-kanak lagi. Lepas tu kawan Abam Kie yang ambik Sastera masa SPM 1990 pun kata dia belajar teks ini. Abe Kie budak sains tulen SBP lagi jadi tak tahu sangat la tentang sastera Melayu ni. Cuma yang Abe Kie tahu ialah English Literature yang dipelajari selama 6 tahun semasa belajar TESL di Universiti Malaya dahulu. Masa di sekolah pun mengajar Literature Components untuk calon2 SPM. Cuma akhir2 ni baru je nak berjinak2 dengan novel2 bahasa Melayu..... Tolong jangan kecam ye...

Sebenarnya Abe Kie beli novel Badai Semalam ini sebanyak 3 naskah. Siap order untuk kawan2 gak. Tapi seller tu terhantar 1 naskah je. Lepas tu baru dia sedar yang dia tertinggal 2 naskah lagi. Jadi sebagai tanda mengambil hati Abam Kie, dia berikan satu novel lagi secara percuma bertajuk 'Merpati Putih Terbang Lagi'. Mula2nya dia nak beri novel 'Mira Edora' tapi Abe Kie tak nak sebab pernah menonton filem ini lakonan Nor Kumalasari dan Julia Rais dulu. 

Tak cukup dengan 1 naskah percuma, dia bagi satu lagi novel bertajuk 'Di Ruang-mu Aku Di Sini'. Abe Kie tak minta pun tapi dia yang nak bagi sebagai cenderahati. Jadi terima sajalah. Kedua2 novel hadiah ini bukan bertemakan cinta, ok? Ini tentang nilai2 kemanusiaan. 

Jika kawan2 nak beli novel2 klasik boleh la melawat 'Kelas Buku' ini di Shopee. Pautan kedai itu ialah shopee.com.my/kelas_buku

Selamat membeli dan membaca ye, kawan2!