Cara memilih ayam yang betul
Cara Pilih Ayam… Jangan Sampai Makan Bangkai....
Ramai yang beli ayam tanpa periksa kondisi ayam di pasar atau pasaraya.
Mungkin disebabkan tiada pengetahuan. Sebagai umat Islam, apa yang dimakan akan menjadi darah daging dan apa yang dimakan akan dipersoal kelak.
Jadi hari ni, aku nak kongsi sedikit petua sebelum membeli ayam. Tambahan pula Syawal yang bakal tiba pasti ramai yang nak beli stok.
Panduan sebelum beli ayam.
Terdapat beberapa kriteria ayam yang dijual.
Melalui kondisi ayam, kita boleh lihat dan pilih ayam yang betul² mengikut hukum syarak.
Pagi tadi masa nak beli ayam dekat pasar, sempat tanya Haji yang jual ayam tu. Katanya ” Kalau nak pilih ayam, pastikan BONTOTNYA PUTIH”.
Bontot putih – Ayam diproses selepas ayam betul² mati
Bontot merah – Ayam diproses sebelum ayam itu mati, contoh cabut bulu masa masih hidup
Bontot biru – ayam yang sudah mati baru sembelih (bangkai)
Info Dari Orang Yang Bekerja Sebagai Penyembelihan Ayam di Pusat Proses Ayam.
Kalau pilih ayam yang siap dipotong pilihlah ayam bulat atau bahagian² ayam tak ada tanda lebam atau kebiruan kerana ayam yang ada tanda tersebut memang ayam mati sebelum disembelih.
Antara ciri² yang lain :-
1. Warna ayam
Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah²an adalah ayam yang segar.
Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk-bekukan.
2. Tekstur ayam
Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.
Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.
Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin.
Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.
3. Darah ayam
Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.
4. Bau ayam
Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yg berbau hanyir*
Semoga bermanfaat....
*إِنْ شَآءَاللّٰهُ
11 Comments
thanks a.kie..good sharing
ReplyDeletesyukran for sharing...baru tau..
ReplyDeleteohhhh tq abe kie..
ReplyDeletebr ammi tau. lagi pun ammi jarang ke pasar beli ayam.
tp pernah gak masa cuci ayam tengok montot ayam tu merah..ishhhh
wahhh.. good info. setakat ni kalau beli ayam, sy cari yg putih2. tak terfikir nak tengok bontotnya, hehe.
ReplyDeleteperkongsian bermanfaat tksh cikgu
ReplyDeleteselalu pilih yang putih gebu,,tapi tengok bodynya aje, tak tengoklah buntutnya, aib tu..hahaha
ReplyDeleteSangat bermanfaat. Boleh jadi rujukan.
ReplyDeleteTerima kasih infonya abang Kie. Bagus tuk jadi panduan ni..
ReplyDeletetq for sharing
ReplyDeletewah menarik tips ni tq abe for sharing
ReplyDeletetq bagi tips yang ohsem ini..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.