Assalamualaikum. Pada bulanMac nanti kita akan isi e-filing kan? Meh, saya tunjukkan cara saya simpan resit untuk LHDN.

1. Kumpul semua resit hari ini, tampal di A4 , guna glue stick lagi mudah.

2. Photostat setiap helai A4 tadi dan kepilkan dalam fail yang sama kerana resit jenis ini akan mudah kabur tulisannya. Nak tunggu bulan terakhir buat e filing income tax tahun depan, tentu dah tak nampak tulisan di resit itu.

3. Simpan A4 tadi dalam fail khas. Letak di tempat mudah nampak sebab resit mungkin ada setiap hari. Setiap kali tengok fail mesti ingat nak simpan resit.

4. Ulang proses 1,2,3 tadi setiap hari jika ada.

Gagal membuat kerja remeh seperti di atas tidak mengapa, kita cuma perlu bayar tax lebih sahaja 🤭

Kredit : Razila Hamzah

16 Comments

  1. saya kadang bergulung2 resit..adeh!

    ReplyDelete
  2. selalu lupa nak buat camni

    terima kasih abam kie atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  3. terbaik la abe.. mama lagi suka ambil gambar atau scan, simpan dlm pc. sebab yg printed nanti tulisan dia boleh hilang

    ReplyDelete
  4. Suka juga simpan resit. Tapi kita tak ada nak kena bayar income tax. Makanya, lepas simpan bagi tong sampah yang ngap🤣

    ReplyDelete
  5. org marhaen mcm kita ni x byk bole claim sgt abg kie.... maka nya resit pun x byk nk simpan hehehe tp tq share info :)

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni simpan resit bukan sahaja untuk kegunaan cukai pendapatan, tapi warranty. Bayangkan warranty guna resit, kalau warranty setahun, tulisan tu pun dah hilang, hahahah. Jadi, kita ambil gambar. Sy rasa, boleh juga guna cara tu, ambil gambar dan print. Kertas cetak resit tu jenis licin sebab tu tulisan dia tak kekal lama.

    ReplyDelete
  7. perlu simpan semua resit pembelian penting semua tu

    ReplyDelete
  8. Sediakan faik khas. memudahkan.

    ReplyDelete
  9. saya simpan dlm fail mcm ni juga. tampal di kertas A4

    ReplyDelete
  10. thanks abam atas tips, tak daftar lagi dgn lhdn ni

    ReplyDelete
  11. Usaha lebih untuk kesenangan/rujukan kemudian.

    ReplyDelete
  12. Betullah tu caranya. Jika entiti perniagaan, bukan LHDN saja yang mungkin minta untuk rujukan; tapi banyak pihak seperti Kastam dan audit. Bil api dan air pun sama, lama kelamaan akan jadi kertas kosong...

    ReplyDelete
  13. Kena letak tempat senang nampak supaya sentiasa teringat untuk buat kan Abam Kie..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.