Assalamualaikum. Bila kesepian Abam Kie selalu 'window shopping' kat Shopee atau Lazada. Berhantu sungguh dua apps ini. Kebetulan pada minggu lepas salah satu jam tangan sudah mati bateri. Nak gi tukar yang baharu pun terasa malas sebab jam tu masa beli 2 tahun lepas cuma RM25. Jadi abam kie umum kat group kelas murid-murid dan tanya siapa yg nak jam percuma dengan syarat kena gi tukar bateri sendiri. Seorang murid lelaki berhajatkan jam baharu. Jadi abam kie bagi je kat dia. Harap2 jam tu hidup seperti sediakala la ye. 

Selepas pasti boleh let go jam lama tu, dengan pantasnya abam kie meronda2 di Shopee. Memang sejak dulu abam kie setia dengan Casio jika dibeli sendiri. Jika yang dihadiahkan semasa perkahwinan tu Abam Kie pilih jenama lain. Hehehe... Pilih punya pilih maka berkenan kat satu model Casio ni. Harganya cuma RM51. Shipping pula RM4.50. Sekarang ni sukar nak dapat free shipping di Shopee biar pun beli melebihi RM40. Geram betul! 

Alhamdulillah. Dalam masa 3 hari sampai la jam tangan Casio yang diidamkan itu. Keesokan harinya terus Abam Kie pakai ke sekolah. Sejujurnya jam tak perlu la beli yg mahal2 jika si pemakainya tak tahu menepati masa. Yang pentingnya disiplin kita untuk menepati masa. Bukannya harga jam yang dipakai. Dok gitu?