Biasanya anak perempuan yang baik tidak memilih pasangan yang dicadangkan atau diarahkan oleh kedua orang tuanya walaupun dia tidak mencintainya. Walau bagaimanapun harus diingatkan mereka mereka mempunyai hak untuk menolak lelaki yang mereka tidak suka. Kerana nikah kawin bukan perkara main-main.

Jodoh adalah rahsia Allah. Tiada sesiapa yang mampu menghalangnya.

Walau bagaimanapun sebagai Islam kita wajib percaya tentang JODOH. Jodoh adalah RAHSIA Allah dan dengan siapa Allah tetapkan seseorang wanita itu akan berkahwin maka mereka tetap akan berkahwin.

Berikut adalah ciri-ciri lelaki yang perlu dihindari oleh wanita sebagai calon suami:

1. Lelaki Yang Berani/Sengaja Meninggalkan Solat

Orang yang berani meninggalkan solat, bererti telah berani mengkhianati Allah tuhan sekalian alam. Amanah Allah dikhianati apatah lagi jika amanah manusia.

Rasulullah SAW bersabda:

“Perjanjian kami dengan mereka adalah solat. Orang yang meninggalkannya, bererti dia telah kafir” (HR. At-Tirmidzi)

Bagaimana kamu dapat mempercayai suami yang tidak memenuhi syarat pertama yang diterapkan oleh Rasulullah SAW? “Jika datang kepadamu orang yang kau sukai agamanya”, padahal sholat adalah tiang agama.

2. Lelaki yang Gemar Melakukan Dosa Besar

Hidup bersama suami seperti ini sama dengan hidup di dalam neraka. Contohnya pemabuk dan penagih dadah. Lelaki seperti ini sangat merbahaya kerana mereka seringkali hilang kewarasan. Banyak kes berlaku suami atau lelaki seperti ini sanggup membunuh jika keinginan mereka tidak tercapai.

Selain dosa, ia juga boleh meragut nyawa dan jenayah lain. Dadah dan Arak boleh mendatangkan berbagai masalah dalam keluarga dan masyarakat.

3. Dayus

Makna Dayus bukanlah takut untuk bergaduh. Dalam Islam Lelaki Dayus adalah lelaki yang tidak memiliki rasa cemburu kepada isteri dan membiarkan anak-isterinya terjerumus dalam lembah maksiat. Sebagai contoh dia melarang isteri dan anak-anaknya untuk memakai pakaian yang menutup aurat kerana hal ini dianggapnya ketinggalan zaman.

4. Anak Mama (Manja) 

Lelaki yang manja bukanlah laki-laki sejati. Dia tidak akan mampu untuk membuat keputusan secara sendiri tanpa merujuk kepada ibunya.

5. Lelaki Yang Jauh Lebih Tua 

Sebagai contoh wanita berusia 20 tahun manakala lelaki dia 60 tahun. Untuk apa mereka berkahwin? Apa yanng berlaku sekarang adalah kerana lelaki tersebut berharta. Mungkin tidak disukai oleh wanita terbabit tetapi kedua orang tuanya bagi memenuhi kehendak nafsu mereka bagi memiliki apa jua yang mereka perlukan.

Namun, ada satu pekara yang tidak mampu pertimbangkan oleh si wanita kerana pada usia begitu nafsu seksualnya sangat tinggi, sedangkan nafsu lelaki tersebut mungkin hanya sederhana atau hampir tiada. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini jika suami tidak mampu? Dikhuatiri akan berlaku perkara yang tidak diingini.

6. Lelaki yang Sombong Bangga Diri 

Lelaki yang memiliki mentaliti seperti ini tidak mengenal perasaan cinta. Dia hanya mencintai diri sendiri. Jika dia berkahwin dikhuatiri bukan kerana cinta, tapi kerana nafsunya menginginkan wanita tersebut. Lelaki seperti ini sukar untuk mendengar nasihat daripada sesiapa.

7. Workaholic (Gila Kerja) 

Lelaki yang hanya gila kepada kerjayanya sahaja. Lelaki ini akan terus-menerus bekerja tanpa rasa penat dan bosan demi kekayaan, status atau untuk mendapat penghormatan pada dirinya. Selalu mengabaikan rumahtangga. Baginya, perkahwinan hanyalah pelengkap kepada dirinya. Isteri tak ubah seperti hamba atau perhiasannya sahaja. Jika dia memerlukan, dia akan mendekatinya tetapi dengan perasaan yang dingin kerana teringat-ingat kerjanya.

Ramai wanita yang mengalami masalah seksual dan kurang kasih sayang serta emosional kerana diabaikan suami sebegini walaupun mereka diberikan kemewahan. Dikhuatiri si isteri akan mencari kekasih hati kerana sering kesunyian dan terjadi maksiat.

8. Menderhaka Kepada Orang Tua 

Lelaki seperti ini diibaratkan seperti orang yang sedang menderita sakit dan harus diubati segera. Dikhuatiri tidak akan menghormati ibu dan bapa mertunya kelak. Mereka sukar untuk menerima teguran dari orang lain.

Mahukah anda bersuamikan orang yang tidak menghormati kedua ibu bapa anda? Tepuk dada tanya iman. Lelaki seperti ini hanya mahu anda menghormatinya kerana baginya itu adalah haknya tetapi dia sendiri tidak pandai untuk berbakti kepada kedua orang tuanya serta tidak mentaati perintah mereka padahal mereka juga memiliki hak untuk dipatuhi.

9. Lelaki Yang Bersifat Seperti Wanita 

Lelaki seperti ini tidak dapat disebut sebagai lelaki sejati kerana sifat-sifatnya bukan sifat lelaki sejati. Dari segi gayanya, tutur katanya, gerakannya, minatnya dan pemikirannya adalah lebih kepada menyerupai wanita. Walhal Islam melarang lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya.

10. Lelaki Yang Kedekut 

Kedekut adalah penyakit yang sukar untuk diubati. Orang yang kedekut tidak dapat menyenangkan dirinya ataupun orang lain. Rasulullah SAW melarang kita dari bersifat kedekut.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“dan hindarilah sifat kedekut, kerana kedekut telah menghancurkan orang-orang sebelum kamu, membuat mereka saling bunuh dan melanggar kehormatan orang lain” (HR. Muslim).

Jika anda sudah berkahwin maka teruskan sahaja perkahwinan anda kerana itulah JODOH anda. Berdoalah kepada Allah SWT semoga dia menjadi suami yang soleh dan bertanggungjawab serta menjadi seorang yang amanah serta menghormati kedua orang tua.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang tidak baik itu adalah dari kita sendiri.