Assalamualaikum. Apabila anak sulung sudah mencecah usia 18 tahun maka dia diisytiharkan sebagai orang dewasa. Maksudnya dia boleh memohon akaun bank atas namanya sendiri dan berhak secara penuh terhadap akaun tersebut. Kebetulan ada masa yang terluang semasa PKP ini kerana kelas bersemuka belum bermula di sekolah, jadi Abam Kie membawa anak sulung, Anis, untuk mengemaskini akaun2 TH, ASB dan Maybank miliknya. Tambahan pula pengajian semester 1 diploma UiTM hanya akan bermula pada 10 Okt 2021. Jadi memang sesuai la nak selesaikan perkara2 camni. Nanti bila dah mula kelas susah pulak nak ke sana ke sini. Dok gitu?

Mula-mula sekali kami pergi ke pejabat Tabung Haji Tanah Merah pada hari Isnin lepas. Mujurlah pada pagi itu cuma ada 4 orang beratur di depan kami. Tak sampai 5 minit kami berjaya masuk ke dalam premis. Rasanya cuma 8 orang pelanggan dibenarkan berada di dalam premis TH pada satu2 masa. Pak guard memberikan kami 3 keping borang untuk diisi bagi urusan penukaran akaun remaja kepada akaun dewasa. 

Selepas 10 minit tibalah giliran abam kie dan anak berurusan di kaunter. Cuma perlu bawa IC asal. Abam Kie ada juga bawa sijil lahir tapi kerani tu tak minta pun. Macam biasalah..Kena turunkan thumb print. Tandatangan itu ini. Abe Kie pun minta staff TH tu daftarkan apps THijari buat kami berdua. Disamping itu Abam Kie minta dia daftarkan ibadah haji untuk kesemua anak Abam Kie. Sekali datang buat semua sebabnya bukan selalu tak perlu beratur panjang di TH. 

Selesai! Kini Anis boleh mengeluarkan sendiri wangnya itu. Tak banyak mana tapi cukuplah untuk mengerjakan haji kelak. In Shaa Allah. 

Setelah selesai urusan di TH, kami bergegas ke Pejabat Pos Tanah Merah untuk mengemaskini nombor telefon bimbit dan thumb print Anis bagi akaun Amanah Saham Bumiputera dia pula. Buat pengetahuan kawan2, akaun remaja ASB akan dinaiktaraf kepada akaun dewasa secara automatik apabila remaja itu mencapai usia 18. Tak perlu isi borang bagai seperti di TH tadi. 

Tapi pemegang akaun masih perlu ke cawangan ASBN atau ejen2 bertauliah untuk mengemaskini no hp dan thumb print. Cuma di sini perlu isi sekeping borang je. Jadi urusan cepat dan ringkas. Dah selesai! Kebetulan pada hari itu cuma kami berdua je berada di kaunter. 

Seperti biasa abam kie suruh Anis install apps MyASB untuk dia menguruskan akaunnya di hujung jari sahaja. Jadi selesailah sudah urusan penukaran hakmilik akaun ASB Anis. Kini dia berkuasa penuh terhadap akaunnya.

Niat di hati nak selesaikan urusan penukaran akaun simpanan Yippie Maybank pada hari yang sama tapi Maybank tidak membenarkan kami berurusan tanpa temujanji. Maka terpaksalah Abam Kie buka hp dan pilih tarikh temujanji yang bersesuaian. Tarikh yang dipilih ialah 12/9/2021 (Ahad). Kebetulan tarikh ini sama dengan hari lahir adiknya, Alin, yang ke 14. So, please stay tuned.....

Pada pagi 12 Sept 2021 tu aku pergi ke Maybank Tanah Merah untuk menutup akaun Yippie anak sulungku dan seterusnya membuka akaun dewasa baharu untuknya. Memang kami sampai awal. Maybank ni sangat ketat SOPnya. Tapi sebab peraturan maka ikut aje la. 

Tapi servis kaunter Maybank bagi pembukaan dan penutupan akaun ni memang slow tahap siput babi la. Lama benar kami menunggu. Terasa nak balik rumah aje. Satu kaunter aje dibuka untuk urusan ini. Rasanya BSN lagi cekap dalam urusan pembukaan akaun ni. Nama je bank terbesar di negara tapi servis kaunter pembukaan akaun baharu amat buruk. Diharapkan pihak Maybank akan menaiktaraf mutu perkhidmatan kaunternya demi keselesaan para pelanggannya. 

Namun begitu aku tetap ingin memberikan kredit kepada staff bahagian pengeluaran kad debit dan pengaktifan Maybank2U dan MAE kerana bersikap mesra dan memberikan pertolongan kepada kami dalam urusan tersebut. Penerangan yang diberikan amat jelas dan mudah difahami. Mereka tetap juga inginkan anak abam kie mengaktifkan M2U dan MAE sebelum meninggalkan bank biar pun abam kie beritahu yang kami boleh buat di rumah. Bila isyarat Digi tak kuat disuruhnya anak abam kie pergi ke ruang yang diyakini kuat penerimaan signal di dalam bank tersebut. 

Dan yang pasti anak sulung abam kie kini sudah memiliki akaun simpanan Maybank Islamik. Terima kasih kepada Maybank. Abam Kie sudah guna kad kredit Maybank sejak tahun 2000 lagi semasa mengajar di Sabah. Sehingga sekarang tetap setia dgn kad kredit Maybank.