Kepada pengguna yang ingin membuka akaun CIMB , terkini boleh dibuat secara online. CIMB memperkenalkan Akaun-i OctoSavers untuk pembukaan secara atas talian.

Bagaimana cara untuk proses pembukaan melalui Akaun-i OctoSavers? Di sini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

APA ITU AKAUN-I OCTOSAVERS

Akaun-i OctoSavers diwujudkan khas untuk keselesaan pelanggan baharu, yang mana proses pembukaan dan pemindahan akaun dilaksanakan sendiri sepenuhnya dalam talian, sementara kad debit akan dihantar kepada pelanggan bagi memastikan pelanggan mengalami pengalaman berurusan tanpa cawangan.

APA ITU APLIKASI CIMB APPLY

CIMB kini dilihat telah memperkenalkan sebuah aplikasi baharu untuk pengguna Android dan iPhone, dimana pengguna boleh terus membuka akaun simpanan menggunakannya.

Melalui aplikasi khusus berkenaan, pengguna boleh membuka akaun simpanan secara automatik, dan seterusnya menerima kad debit melalui pos yang dihantar ke rumah. Pengguna juga turut boleh mengakses CIMBClicks selepas melakukan pendaftaran membuka akaun.

Dengan pengenalan aplikasi ini, pengguna boleh membuka akaun dengan mudah tanpa perlu ke cawangan. Anda boleh muat turun aplikasi CIMB APPLY disini:

Google Play bagi pengguna Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cimb.ekyc

Apple App Store bagi pengguna IOS:
https://apps.apple.com/my/app/cimb-apply/id1529991404

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah merupakan syarat asar permohonan baharu:

* Individu berumur 18 tahun ke atas
* Warganegara Malaysia dengan MyKad sahaja
* Akaun bersama, amanah kecil dan akaun kecil tidak dibenarkan
* Pemegang nombor telefon bimbit berdaftar Malaysia dan alamat e-mel yang sah
* Setiap pelanggan hanya boleh memohon satu (1) Akaun OctoSavers-i
* TIDAK BOLEH mempunyai Akaun Semasa dan / atau Simpanan Asas / -i dengan CIMB. 

Catatan: Untuk pelanggan Asas dan / atau Akaun Simpanan / -i, anda boleh memohon Akaun Simpanan lain yang terdapat dalam CIMBClicks.

CARA PERMOHONAN AKAUN CIMB  OCTOSAVERS

NOTA: Untuk tujuan pendaftaran, pengguna akan diperlukan membuat simpanan RM20 ketika proses membuka akaun.

Kepada yang ingin membuat permohonan untuk Akaun-i OctoSavers boleh di buat melalui

1. Aplikasi CIMB APPLY yang boleh telah dimuatturun (download)
   - Buka aplikasi CIMB APPLY
   - Klik pada Open A New Account dan isikan maklumat berkaitan anda
  - Scan Kad Pengenalan anda dan aktifkan pengenalan wajah untuk  mengesahkan identiti anda
   - Isikan borang pembukaan akaun anda pada e-borang
  - Pindahkan deposit awal minimum RM20 dari akaun anda dengan bank lain
   - Seterusnya ciptakan CIMB Clicks User ID
   
SOALAN LAZIM

1. Apakah kelebihan akaun-i octosavers?

* Akaun-i CIMB OctoSavers adalah akaun simpanan Islam sepenuhnya pertama CIMB yang menawarkan ganjaran segera serta faedah lain.

* Pemegang akaun boleh mendapatkan OctoPoints melalui OctoChallenge dan OctoMissions untuk menebus ganjaran segera seperti baucar dari kedai dalam talian yang popular dan e-dompet seperti Shopee, Zalora, Grab, dan Lazada – semuanya dikendalikan dalam aplikasi CIMB Clicks.

* Pemegang akaun juga akan menikmati pengecualian yuran tahunan Octo Debit Mastercard

2. Bolehkah saya membuka Akaun-i OctoSavers di CIMB Branch?

Tidak. Akaun-i OctoSavers hanya tersedia melalui pembukaan akaun digital. 

3. Berapakah deposit awal minimum untuk OctoSavers Account-i?

Minimum RM20 deposit awal diperlukan untuk dibiayai ke dalam akaun yang baru dibuka.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan Akaun-i Octosavers, anda boleh layari web rasmi CIMB di pautan www.cimb.com.my 

SUMBER: www.semakanstatus.com