Assalamualaikum. Masa kanak-kanak abam kie suka makan buah rambai ni. Buah rambai ni kalau dimakan mesti telan sekali dengan bijinya. Biasanya kulit buah rambai ini tidak dibuang begitu sahaja. Sebaliknya ia boleh dibuat gulai lemak cili api. Jika nak lagi sedap boleh tambahkan lauk-pauk seperti daging, ayam dan ikan selayang. Warisan turun temurun ini Abam Kie ingin kongsikan bersama kawan2 blogger pada hari ini. Uniknya masakan ini cuma boleh dibuat pada musim buah aje. Bukannya selalu dapat makan gulai tradisional ni. Biasanya resepi ini terkenal di Pantai Timur. Tak pastilah tentang negeri2 lain. Jom kita masak sekarang!

MASAK LEMAK CILI API KULIT RAMBAI

Bahan-bahan:

Semangkuk kulit buah rambai
100g daging separa empuk
Sedikit ikan bilis
1 inci kunyit hidup 
10-13 biji cili api (ikut suka)
5 ulas bawang merah
1 kotak santan
sedikit air
Garam dan gula
2 batang serai

Cara-cara membuatnya

1. Celur sekejap kulit rambai.

2. Bila dah agak lembut, angkat dan toskan. Perah air kulit rambai supaya nanti gulai kita tak terlalu masam.

3. Kisar cili padi, kunyit hidup, bawang merah dan ikan bilis hingga lumat kemudian masukkan ke dalam periuk, bersama kulit rambai, daging dan air.

4. Renehkan kejap dan masukkan santan. Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.

5. Garam dan gulakan dan biar dalam 5 minit. Kalau rasa kurang masam, boleh tambah asam keping. Tapi selalunya air kulit rambai tu dah cukup buat kuah rasa masam.

6. Letakkan 2 batang serai untuk menaikkan rasa dan bau gulai lemak ini.

7. Bila dah cukup semua rasa, padamkan api dan sedia dihidangkan. Selamat mencuba!



23 Comments

  1. Kulit rambai boleh dimakan rupanya.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. dulu saya pun suka makan rambai telan sekali bijinya. Sampailah mak takutkan dia kata nanti tumbuh pokok ramai dalam perut. Tak berani lepas tu.. hahaha.

    ReplyDelete
  3. baru ni beli rambai, bg jiran ✌️mak dia msk lemak camni campur ikan tenggiri

    ReplyDelete
  4. Haritu kak ipar pun ada tayang resepi kulit ramai masak lemak putih tapi saya tak pernah cuba lagi

    ReplyDelete
  5. pernah rasa sekali masa berkunjung ke rumah bapa saudara emak di kelantan masa kecik dulu.... jauh.. pergi naik keretapi... lepas tu, pagi pagi sarapan nasi... beras proses sendiri, air tebu mesin sendiri, masak apa saja di keliling rumah, ada tanaman, ada lembu, ada arnab...rumah kampung yang luas lamannya. puas main.

    ReplyDelete
  6. Sedap ni. Lama tak masak kulit rambai sebab tak jumpa buah rambai!

    ReplyDelete
  7. belum lagi merasa buah rambai tahun ni...

    ReplyDelete
  8. Lama tak makan, sebab selama ni mak mentua yg buat

    ReplyDelete
  9. Yeah...sama macam mak SA la ...masak ikan letak kulit rambai, kadang dia keringkan kulit rambai tu jugak

    ReplyDelete
  10. saya bukan peminat buah rambai...xtaula..jnis2 buah yg camtu mmg xley nk g kt tekak ni ha...kalau buat msak lemak gni mungkin boleh dicuba

    ReplyDelete
  11. pernah cuba makan, sedap juga.
    tapi kalau kat rumah sendiri mmg arwah mama tak pernah masaklah

    ReplyDelete
  12. wah baru tahu kulit rambai pun boleh dijadikan lauk. selama ni biasa tahu makan isi buah je

    ReplyDelete
  13. Ehhh, tak pernah makan, nampak menarikkk!

    ReplyDelete
  14. wah nampak pun sedap ni abam kie...

    ReplyDelete
  15. sedap ni...thanks abam kie share resepi!

    ReplyDelete
  16. Saya tahu adanya menu seperti ini tetapi belum pernah mencubanya.

    ReplyDelete
  17. tak pernah makan lagi rasanya kulit rambai

    ReplyDelete
  18. Suka jugak makan buah rambai. Tapi sekarang susah nak jumpa. Tak pernah lagi makan lauk masak lemak cili api campur kulit rambai. Pernah nampak orang masak tapi tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  19. Tak pernah try Dan xpernah rasa. Masak lemak kulit setoi selalu mkn nyum..nyum hehe

    ReplyDelete
  20. kulit rambai pon boleh buat masak lemak cili ape? rare ni, first time dengar. camne lah rasanya

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.