Ramai orang mesti tak sabar nak bercuti, dah lama sangat terperap. Tambahan kerajaan dah pun lancarkan 'travel bubble' Langkawi bagi menggerakkan kembali sektor ekonomi pelancongan. Memang sambutan hangat diterima bila semua penerbangan ke Langkawi penuh! 

Apa itu travel bubble atau gelembung pelancongan? Meh sini Abam Kie nak cerita. Pada bulan lepas, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri telah mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) terkini untuk rakyat di zon negeri hijau melancong dalam konsep gelembung perjalanan domestik atau "Travel Bubble".

Begitupun, pelaksanaan gelembung perjalanan hanya melibatkan destinasi dalam negara dan tidak meliputi perjalanan masuk atau ke luar negara. Projek rintis dimulakan dengan Langkawi dan akan dibuka ke destinasi lain seperti Genting Highlands, Cameron Highlands, Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan Pulau Perhentian.

Keputusan itu sedikit sebanyak mampu meredakan kegusaran pengusaha perkhidmatan serta ejen pelancongan setelah berdepan situasi ibarat bernafas dalam lumpur.

Tambahnya lagi, pelaksanaan travel bubble dan kebenaran rentas negeri zon hijau ini cukup bermakna dalam memulihkan ekonomi serta membolehkan rakyat bergerak ke lokasi lain untuk tujuan bercuti.

Jelas kan, kawan-kawan? 

Tapi, jangan ghairah sangat dulu. Lagi-lagi jika anda ada anak-anak kecil. Mungkin yang tinggal di KL dan Selangor boleh bercuti secara berperingkat dahulu dengan KL Staycation. Setahu abam kie la, banyak hotel di Lembah Klang menawarkan pakej staycation yang berpatutan untuk menginap di hotel mereka. Masa inilah kita boleh stay di hotel-hotel mewah ni. Kalau sebelum Covid 19 jangan haraplah nak stay di hotel 5 dan 6 bintang. Memang tak mampu punya. Jadi masa ni la nak merasa tinggal di hotel kayangan tu. Dok gitu?

Ada banyak hotel yang menawarkan pakej staycation yang mampu bayar pada masa sekarang seperti The Gardens, Sunway Putra Hotel, Seri Pacific Hotel, Dorsett Hotel dan Berjaya Times Square Hotel. Memandangkan sekarang cuma boleh merentas daerah aje, ada baiknya kita pergi menginap di hotel-hotel dalam negeri aje. Konsep melancong dalam negeri ini bukan hanya terpakai untuk mereka yang tinggal di Lembah Kelang aje. Negeri-negeri lain pun boleh menggunapakai konsep ini. Macam penduduk negeri-negeri besar seperti Sarawak, Sabah dan Pahang boleh menggalakkan penduduk mereka melancong dan staycation di negeri masing-masing. Macam penduduk Sabah pun belum habis jelajah daerah-daerah di negeri mereka. Malahan Gunung Kinabalu pun ada yang belum pernah naik! Baik lagi Abam Kie yang berjaya mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara itu semasa SUKOM98.

Sekiranya diberi peluang untuk menyertai travel bubble ni, Abam Kie teringin benar hendak bercuti di Pangkor Laut Resort. Dulu cuma sampai di Lumut aje. Sekali-sekala nak gak memanjakan diri di spa dan bathtub. Ini kalilah! Kebetulan adik ipar Abam Kie ada menetap di Tapah. Hajat tu nak buat konvoi dengan dia ke Pulau Pangkor nanti.

Apa yang perlu buat untuk staycation? Kita dah beria-ria nak melancong tapi jangan biarkan plan itu terkubur di tengah jalan. Memanglah boleh staycation di dalam negeri yang sama atau di destinasi pelancongan yang telah ditetapkan sebagai travel bubble, tapi ada syarat-syarat yang perlu diikuti. Nanti tak pasal-pasal terpaksa staycation di hospital. Ambik kau!😂

Jadi apakah persediaan yang perlu dibuat sebelum staycation?

1. Pastikan kawan-kawan sudah lengkap kedua-dua dos vaksinasi. Bukan je lengkap. Kena pastikan sijil vaksinasi di MySejahtera tu terpapar 'Fully Vaccinated' dan warna sijil tu bertukar ke warna oren. Kepada yang anti vaksin tu sila duduk di rumah diam-diam je la.

2. Tiada gejala-gejala seperti demam, batuk, hilang deria bau dan sakit kepala. Orang tak melancong jika demam! Jika ada gejala-gejala tersebut baik pergi buat swab test agar dapat diketahui sama ada kita dijangkiti Covid 19 atau tidak. Jangan jadi macam sesetengah orang degil tu. Tahu diri tak sihat tapi masih berkeliaran di tempat awam.

3. Patuh SOP dengan ketat. Sebelum memasuki premis pastikan kawan-kawan memeriksa bacaan suhu. Kena scan kod QR di MySejahtera atau tulis nama dan no telefon di dalam buku yang disediakan di pintu masuk premis. Pastikan kawan-kawan memakai pelitup muka pada setiap masa. Jangan pakai di bawah hidung, ya? Pastikan kawan-kawan membawa bekalan hand sanitizer pada setiap masa. Jangan berharap kepada hand sanitizer yang disediakan oleh pemilik premis sahaja. Dan yang terbaik sekali, sila jauhi tempat orang ramai berkumpul seperti di tepi pantai, taman tema, mall. Boleh berkunjung ke sana tapi jika terlalu ramai pengunjung, baik elakkan aje demi keselamatan.

4. Sentiasa peka atau 'alert' dengan kesihatan diri. Bawa oxymeter untuk memeriksa paras oksigen dalam darah. Pas tu selalu check suhu terutama sekali sebelum memasuki mana-mana premis.

5. Pilihlah hotel yang mengamalkan SOP seperti sentiasa menjaga kebersihan dan sanitize kemudahan yang ada. Pada awal tahun ini semasa memasuki Hotel Perdana Kota Bharu, staff di sana siap sembur tubuh abe kie dengan sanitizer setiba di lobi. Abam Kie yakin semua hotel sudah sanitasi keseluruhan hotel dan kemudahan yang ada. Jangan risau ye, kawan-kawan.

Akhir kata, Abam Kie ingin berpesan kepada kawan-kawan untuk terus menjaga SOP dan kesihatan diri sebelum pergi staycation di mana-mana hotel pilihan masing-masing. Ingat! Kita ingin staycation di hotel, bukannya di hospital atau PKRC! Beringat sebelum kena Covid! Anda mampu mengubahnya.  


11 Comments

  1. betul, SOP tetap kena jaga, takut tengok orang ramai bersesak-sesak di jeti ke Langkawi..

    *Hotel Istana dah tak beroperasi

    ReplyDelete
  2. seronoknya dlm bubble staycation terbaik tu pastikan vak lengkap patuh sop

    ReplyDelete
  3. betul2..byk kena jaga & beringat. x leh nak seronok jer.

    ReplyDelete
  4. Betul mula-mula pergi hotel dalam negeri dahulu.

    ReplyDelete
  5. Ada sedikit kelonggaran tapo bila ada kelonggaran begini bererti diri sendiri kena lebih gandakan disiplin patuhi SOP.

    ReplyDelete
  6. Antivax, sila menangis di bucu katil rumah sendiri ye. hehe

    ReplyDelete
  7. Rinduu nk pergi menginap di hotel bersama family

    ReplyDelete
  8. teringin juga nak bawa anak2..tapi kita bagi laluan kat orang lain dululah. Kita jalan ronda-ronda balik hari je dulu

    ReplyDelete
  9. Seronok kalau dapat bercuti ni. Tunggu lah masa yang sesuai nanti. harap semua alert dengan SOP.

    ReplyDelete
  10. belum terfikir lah untuk staycation atau melancong jika sempadan sudah dibuka

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.