Assalamualaikum. Abe Kie ada guna Streamyx a.k.a Unifilite di rumah tapi servisnya kadang2 bermasalah. Boleh dikatakan setiap bulan ada saja kelajuan internet tu turun di bawah 1Mbps. Bila terjadi sebegini anak2 tak sedap duduk. Lalu abam kie kena tel TM Call Centre sampaikan operator TM tu kenal suara Abam Kie. Bila ditanya bila nak pasang fibre optic, TM jawab dalam proses. Huh! Pah cerroh dale proses! 

Jadi pada bulan lepas Abam Kie beli router wifi yang boleh dimasukkan simcard di dalamnya. Pas tu kena beli kad sim internet tanpa had spt UMobile, Hotlink dan Celcom. Cuma kena sabar la sbb speed tu cuma 6Mbps. Bagi abam kie, OKlah guna router dan kad sim Umobile ni sebagai sandaran atau backup jika line TM terganggu. Sementara tunggu technician TM datang, boleh je guna simcard Umobile dan router ini.

Abam Kie beli router ni di Shopee. X ingat plak berapa harganya tapi memang murah berbanding dibeli kat kedai fizikal. Jadi jika kawan2 nak guna router ni kena cari simcard dulu. Masukkan kad tu dalam HP dulu. Install apps Umobile. Pas tu beli pakej unlimited GX30 dgn harga RM30 je. Kemudian, keluarkan cardsim tu dan bubuh ke dalam router tu tp dalam saiz sim standard zaman guna Nokia dulu.  Jika dalam HP kita guna nano sim kan? Username dan password wifi ada kat bawah router tu. Abam ie guna yg default je sbb x reti nak tukar.

Cuma kawasan yg boleh terima wifi UMobile ni terhad la. Kalau dok di dapur dah x berapa kuat isyaratnya. Bila cukup 30 hari data Umobile akan habis jadi kena topup dan beli pakej unlimited tu sekali lagi. X perlu keluarkan simcard daripada router. Cukup topup dan beli pakej unlimited menerusi UMobile apps aje. Mudah kan?

Jadi jika ada kawan2 yg nak guna wifi secara murah dan mudah boleh je ikut langkah2 yg Abam Kie kongsikan di sini. Semoga ianya bermanfaat. Sekian. Terima kasih.