Assalamualaikum. Abe Kie ada guna Streamyx a.k.a Unifilite di rumah tapi servisnya kadang2 bermasalah. Boleh dikatakan setiap bulan ada saja kelajuan internet tu turun di bawah 1Mbps. Bila terjadi sebegini anak2 tak sedap duduk. Lalu abam kie kena tel TM Call Centre sampaikan operator TM tu kenal suara Abam Kie. Bila ditanya bila nak pasang fibre optic, TM jawab dalam proses. Huh! Pah cerroh dale proses! 

Jadi pada bulan lepas Abam Kie beli router wifi yang boleh dimasukkan simcard di dalamnya. Pas tu kena beli kad sim internet tanpa had spt UMobile, Hotlink dan Celcom. Cuma kena sabar la sbb speed tu cuma 6Mbps. Bagi abam kie, OKlah guna router dan kad sim Umobile ni sebagai sandaran atau backup jika line TM terganggu. Sementara tunggu technician TM datang, boleh je guna simcard Umobile dan router ini.

Abam Kie beli router ni di Shopee. X ingat plak berapa harganya tapi memang murah berbanding dibeli kat kedai fizikal. Jadi jika kawan2 nak guna router ni kena cari simcard dulu. Masukkan kad tu dalam HP dulu. Install apps Umobile. Pas tu beli pakej unlimited GX30 dgn harga RM30 je. Kemudian, keluarkan cardsim tu dan bubuh ke dalam router tu tp dalam saiz sim standard zaman guna Nokia dulu.  Jika dalam HP kita guna nano sim kan? Username dan password wifi ada kat bawah router tu. Abam ie guna yg default je sbb x reti nak tukar.

Cuma kawasan yg boleh terima wifi UMobile ni terhad la. Kalau dok di dapur dah x berapa kuat isyaratnya. Bila cukup 30 hari data Umobile akan habis jadi kena topup dan beli pakej unlimited tu sekali lagi. X perlu keluarkan simcard daripada router. Cukup topup dan beli pakej unlimited menerusi UMobile apps aje. Mudah kan?

Jadi jika ada kawan2 yg nak guna wifi secara murah dan mudah boleh je ikut langkah2 yg Abam Kie kongsikan di sini. Semoga ianya bermanfaat. Sekian. Terima kasih.



18 Comments

  1. Teima kasih share! Nanti bla dah duduk rumah sendrii nak beli router jugak lah. kalau subscribe fiber ada kontrak malas nak terikat huhu

    ReplyDelete
  2. ok jg, RM30 for unlimited package..

    ReplyDelete
  3. samalah dulu pun pakai UNIFI juga but the quality of their service and constant connection problems made me switched to telco as well. meh

    Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing. sekarang alternatif banyak, kena pandai cari.

    ReplyDelete
  5. Rumah saya pakai router. Yoodo kut. Lagilah Unifi tiada liputan di sini.

    ReplyDelete
  6. internet memang penting musim pdpr ni

    ReplyDelete
  7. oh tqq share
    intenet penting skrg sb 2 anak ciknor kelas online

    ReplyDelete
  8. dahlama usha benda2 macamni, leceh rasa hari2 kena on hotspot dari handphne, nak kena ada wifi jugak ni

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian. Rumah saya guna Unifi. Alhamdulillah, laju

    ReplyDelete
  10. rumah saya mula2 pakai yes 2 thn...lepas tu upgrade ke yes 4G...cukup kontrak 2 thn tukar ke digi 4G sbb yes slow ya amat, tu pun siap kena ugut dgn yes...guna digi pun takat sebulan shj, indah khabar dari rupa....lepas tu guna celcom 4G pula tp kalau cuaca x elok maka internet memang confirm la crash lbh kurang mcm astro...mungkin lps ni nak cuba unifi prepaid pula....pening kepala, jarak rumah ke bandar pun lbh kurang 800 m jer....so nak salahkan siapa klu internet slow...internet 4G tu hanya omong kosong la....tiada langsung peningkatan

    ReplyDelete
  11. Saya pakai streamyx cikgu, memang slow tapi nak buat macam mana,duduk kampung,tak ada coverage unifi...layan sajalah..

    ReplyDelete
  12. bg saya 4G ni hanya untuk sedapkan halwa telinga shj...indah khabar dr rupa...jarak rumah saya dgn bandar hanay 800 meter shj tetapi internet mcm hampeh, kecewa sgt, klu cuaca x elok lg teruk internet...

    ReplyDelete
  13. Hee router yang sangat berguna. Data boleh pakai tanpa had dan kita boleh layari internet juga. Thanks to my husband pun beli lebih kurang begini, jd tak boring mak tang pantang kat kg. Haha

    ReplyDelete
  14. Router penting kegunaannya masakini

    ReplyDelete
  15. Kemudahan internet ibarat nyawa dah musim Pdpr ni. Yaya guna unfi, mudah lah anak-anak nak belajar.

    ReplyDelete
  16. sekarang ni internet dah jadi keperluan. saya guna Time kat umah. so far oklah servis dia, tak pernah down lagi

    ReplyDelete
  17. Line internet yang stabil sangat penting buat masa sekarang ni.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.