Anda lahir sebelum 1980an jika: .... (tapi beruntung dpt mengguna dan mengikuti perkembangan teknologi terkini ....)

1. tak ade letrik di rumah

2. pegi sekolah jln kaki lebih 5km

3. tengok tv hitam putih rumah orang (setiap malam Sabtu wajib tengok Tayangan Gambar Melayu)

4. pinjam lampu gasolin rumah org kalau kenduri

5. makan buah jambu batu, buah cenerai, buah kemunting, buah duri sakar

6. berak tepi rak (semak)/tepi batas

7. makan ikan darat

8. main bedil buluh/senapang papan kerana terpengaruh dgn cerita combat

9. memikat dan menjebak burung

10. menimba, menangguk, menauk dan menetak ikan

11. pelaga butir getah

12. hari buat tuppat tak puasa sbb nak makan pulut harum

14. menunggu morey terawih

15. main meriam buluh ubat kabad  & minyak

16. mengintai

17. selimut telanjang

18. cari/pelihara anak burung gembala kerbau, burung merbah dan murai

19. ternak lembu kambing bawah rumah

20. setiap rumah ada baloh padi

21. boleh makan ayam jika kena penyakit sampar

23. berjawi secara berkumpulan - umur ting 3 ke atas.

24. makan bubur syura guna tempurung dan bersudukan daun nenas.

25. nak makan buah kena panjat sendiri.

26. kena wat tubik dan masuk serta berteduh lembu kambing.

27. menuai, membubu dan melampan ikan.

29. mandi dan minum air telaga.

30. mandi air alur.

33. main dekcok, nusut, choh, bola awal, polis sentri, berambat.

34. pulas biji buah tere.

35. wajib beli air batu ketul untuk berbuka puasa.

36. Beraya pakai uniform sekolah ... 

Sila sambung senarai ini jika anda masih ingat nostalgia zaman sebelum 80an.... Indahnya zaman itu..tetap gembira biar pun tanpa gajet.