Kita hok gagal. Bkn kerajaan.

Bacalah dengan tenang.

1. PKP Semula
– Marah kata kerajaan zalim.

2. Laksana PKPB
– Marah kata ia tak cukup berkesan.

3. Perketatkan SOP
– Marah sebab rasa terkongkong.

4. Longgarkan SOP
– Marah sebab kes masih tinggi.

5. Tak boleh rentas negeri dan daerah.
– Marah.

6. Bagi rentas negeri dan daerah
– Marah.

7. Buka Sesi Persekolahan
– Marah bahaya.

8. Tutup Sesi Persekolah
– Marah susah belajar. Anak tiada siapa nak jaga.

9. Tutup kilang dan pembinaan
– Marah sekat rezeki pekerja.

10. Buka kilang dan pembinaan
– Maki hamun punca kluster.

11. Dikuarantin 14 hari
– Marah sebab lama sangat susah nak cari makan.

12. Dikuarantin 10 hari
– Tak cukup masa boleh sebar kes.

13. Kuarantin di Hotel
– Marah sebab mahal kena bayar.

14. Kuarantin di Hostel Kerajaan
– Marah sebab tak selesa/rasa dianaktiri oleh kerajaan sendiri.

15. Bagi keluarkan KWSP akaun 2
– Marah itu duit sendiri kenapa kerajaan tak bagi bantuan.

16. Tak bagi keluarkan KWSP akaun 1.
– Marah lagi sebab itu duit sendiri kenapa nak sekat.

17. Bagi BPN 2021
– Marah sebab hanya bersasar
untuk B40/M40.

18. Tak bagi BPN 2021
– Mengamuk sebab rakyat terjejas.

19. Cucuk Vaksin
– Marah kata itu agenda Yahudi.

20. Vaksin lambat sampai
– Maki kerajaan lembab bagai.

21. Menteri Cucuk Vaksin Dulu
– Marah. Kenapa Ambik Slot Vaksin Kami? Kenapa Tak Bagi Frontliners Dulu?

22. Menteri Tak Cucuk Vaksin Dulu
– Kenapa Menteri Takut Vaksin? Jangan jadikan kami tikus makmal.

23. Polis Buat SJR
- Marah juga jalan jammed.

24. Bagi Bantuan
- Cakap pilih bulu.

25. Tutup Masjid
- Marah. Suruh ikut SOP, komplen.

Ada lagi nak tambah?
Apa pun semua tak boleh, semua tak kena.

Itulah perangai rakyat Malaysia, serba-serbi kerajaan buat tak kena.

Apa yang anda mahu sebenarnya wahai insan yang bernama manusia di MALAYSIA?

17 Comments

  1. Rakyat malaysia ni x bersyukur.. Kadang pk camne org luar bole je ikut peraturan tp negara sendiri ermm kelaut piginya.. Yg tau semua nak menyalahkan antara satu sama lain.. Klu camni perangai masih berterusan.. Alamatnya 2022 pun blm tentu kita leh bebas ke sana k mari lagi

    ReplyDelete
  2. Sedihnya! Rupanya rakyat Malaysia tak tahu bersyukur. Suka menuding jari, suka cari kesalahan orang lain. Ya Allah! Jauhkanlah kami dari sifat-sifat keji ini!

    ReplyDelete
  3. Sudah macam tu rentaknya zaman sekarang. Sejak ada media sosial, lagilah teruk. Mana-mana kerajaan yang naik pun selepas ini sudah pasti akan dikecam dengan dahsyat sekali.

    ReplyDelete
  4. pening jd pemerintah...bukan senang nak puaskan pelbagai pihak..

    ReplyDelete
  5. Inilah realitinya. Sebenarnya ada yang sangat tahu bersyukur dan ada yang sebaliknya.

    ReplyDelete
  6. Kerajaan kena lagi tegas bab ni. Nyawa kot. Jangan ambil cakna sangat suara-suara yang cakap tak guna fakta.

    ReplyDelete
  7. saya yang menurut perintah. tak tahu apa yang mereka mahu sebenarnya..

    ReplyDelete
  8. Pening kepala sapa yang jadi pemerintah. Semuanya serba tak kena.

    ReplyDelete
  9. Memang tabiat suka cari salah orang lain

    ReplyDelete
  10. Biasalah tu bila ramai. Nak bahagiakan semua orang memang tak boleh. Jaga diri sendiri jelah in the end. Marah-marah tak jadi apa

    ReplyDelete
  11. sedih bila masing2 fikirkan diri sendiri je..semua bnda nk mrah..tak kena,huhu

    ReplyDelete
  12. biasalah marah mana boleh simpan kena lepaskan hlg stres sikit kan

    ReplyDelete
  13. reality kebayakan kita ni abe ki
    memanggg nyata semua nak salahkkan org shj
    salah sendiri x nampak emmm

    ReplyDelete
  14. Entah semua salah orang lain. Tidak mahu muhasabah diri.

    ReplyDelete
  15. Hmm...pening kepala i..huuhuu

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.