Assalamualaikum. Pada hari Rabu, 16 Jun 2021, maka genaplah usia anak sulung Abam Kie, Nur Anis Dalilah 18 tahun. Terasa kejap aje masa berlalu. Masa dia lahir dulu Abam Kie sudah berusia 30 tahun. Kira lewat la juga dapat zuriat. Tapi tak apa, better late than never, right? 

Pada hari berkenaan, Abam Kie telah memesan kek coklat pisang berkeju dengan baker di TM ni. Memang sedap kek ini sebab ia kurang manis. Sesuai la utk org berpenyakit macam Abam Kie ni. Harganya pun RM40 je. Jika beli kek ini memang confirm habis. Jika beli kek di kedai selalunya x habis sebab cepat muak.

Selain daripada itu, abam kie ada juga order McDonald secara COD. Maklum la masa PKP ni x boleh rentas daerah. Di Tanah Merah ni plak x de McD. Jadi susah la sikit nak order benda alah ni. Last abe kie gi McD sekitar 2018 dulu. Cuma agak terkilan dgn delivery service ni sebab pesanan McD ni sampai jam 8 mlm. Puas menunggu. Dah la sampai tu dah sejuk semua burger, fun fries dan bubur ayam. Terpaksa reheat dgn microwave oven. Lain kali sure x nak COD McD lagi. Rela pi dine in.....

Inilah wajah Anis. Serupa tak dengan daddy dia? Memang semua anak abam kie mirip dgn bapanya. Biasalah anak perempuan mirip dgn bapanya manakala anak perempuan mirip ibunya. Gambar ini diambil semasa kami sekeluarga melawat Jambatan Angkat Kuala Terengganu pada Sept 2020. Entah bila la boleh melancong macam ni lagi?

Pada SPM 2020 lalu Anis mendapat 8A, 1B+. Dia jadi pelajar ketiga terbaik di sekolahnya. Dia dan dua adiknya memang belajar di sekolah abam kie bertugas. Mudah nak hantar dan ambil. Memang abam kie target dia 8A sbb abam kie cuma dapat 4A je dlm SPM 1990. Dia nak ambik diploma sains komputer biar pun dia layak ambik Asasi atau Matrik. Entah la.... abe kie ikut aje janji dia mahu belajar bersungguh2 sampai grad. 

OKlah. Itu aje kisah untuk kali ini. Semoga perjalanan hidup anak sulung abam kie ni 'smooth sailing' sahaja. In Shaa Allah...