Assalamualaikum. 20 tahun dahulu Abam Kie pernah memiliki akaun semasa BIMB untuk memudahkan urusan membayar ansuran kereta. Abang yang jadi introducer sebab dia ada business sendiri. Pada masa tu Abam Kie cuma tulis cek dan pos ke bank berkenaan. Mudah dan murah. Jika tidak kena pergi ke bank itu di Kota Bharu. Ambik masa, tenaga dan kos. Tapi Abam Kie tak lama guna akaun semasa tu. Apabila ada kemudahan fund transfer yg lagi mudah dan jimat seperti sekarang, maka Abe Kie pun menutup akaun semasa tu.

Cita-cita nak ada akaun semasa tidak pernah padam. Kebetulan ada tawarkan pembukaan akaun semasa Maybank2u.Premier menggunakan apps M2U di handphone je. Tak perlu menapak ke cawangan Maybank bagai! Mudah kan? Meh Abe Kie kongsikan pengalaman membuka akaun berkenaan.

1. Mula-mula buka je apps M2U di telefon tu. Pilih menu 'Apply Online' di sebelah kiri tu.

2. Lepas tu akan keluar pilihan permohonan yang boleh dilakukan di situ. Sila pilih 'Open a new Maybank2u.Premier Current Account'.

3. Kemudian akan keluar arahannya seperti di atas. Baca la kejap. Pas tu klik 'Next'.

4. Pas tu akan keluar mesej macam ni. Baca je. Akan keluar butang 'Next' kat bawah tu. Mesej merah kat atas tu keluar sebab Abam Kie dah ada akaun berkenaan. Hehehe. Selepas tekan 'Next', akan keluar di skrin hp tu ruangan nak isi nama, alamat, no hp, emel dan sebagainya. Kawan2 isi je sampai habis. Bila ia tanya jumlah duit nak transfer ke akaun semasa tu dari akaun simpanan Maybank yang sedia ada, pilih je yang minima iaitu RM500. Nak transfer RM30K pun boleh kalau mampu. Oh! Ya. Kawan2 mesti sudah ada akaun simpanan Maybank sebelum nak buka akaun semasa ini ye.

5. Yezza! Bila kawan2 dan pindahkan dana dari akaun simpanan ke akaun semasa Maybank2u.Premier pasti akan keluar mesej seperti di atas di skrin HP. Maksudnya permohonan telah berjaya dan akaun semasa itu telah aktif dan boleh digunakan seperti akaun simpanan yang sedia ada. Kalau nak test, mudah je. Transfer sedikit wang dari akaun bank lain seperti CIMB ke akaun semasa tu. Atau pun trasnfer duit dari akaun Maybank2u.Premier ke akaun bank selain Maybank. Pasti berjaya sebab Abam Kie dah buat pun selepas permohonan itu berjaya.

6. Memandangkan akaun Maybank2u.Premier ini jenis konvensional dan tidak patuh syariah, maka Abam Kie buat permohonan menukarkan akaun tersebut kepada akaun patuh Syariah di portal Maybank2u.com. Yang ni kena guna browser, deh. Abe Kie memohon pertukaran kepada Premier Mudharabah Account (PMA). In Shaa Allah, akaun tersebut akan ditukarkan kepada patuh syariah bermula 1 Jun 2021. Abam Kie dan call Maybank Call Centre dan staff di sana telah confirm tentang hal ini. Cuma perlu masa aje.


Cuba tengok kat gambar di atas tu. Akaun Maybank2u.Premier sudah bertukar kepada Premier Mudharabah Account pada 1 Jun 2021. Alhamdulillah. Semua proses berjalan lancar. 

Demikianlah tutorial membuka akaun semasa Maybank2u.Premier menggunakan apps Maybank2u di HP. Semoga ianya bermanfaat kepada semua. Sekian. Terima kasih.






14 Comments

  1. Makin senang alih-alih wang.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cikgu perkongsian.

    ReplyDelete
  3. wow~lebih mudah kalau caranya macam ni..tak perlu ke bank , jimat masa dan jimat tenaga...klu x, nak menunggu lama, cari parking lagi kan ..

    ReplyDelete
  4. Tksh perkongsiannya boleh dicuba

    ReplyDelete
  5. Betul abam.kie..bila ada fund transfer lbh memudahkan..

    Tq sharing info ini abam.kie.

    ReplyDelete
  6. Lebih mudah, tapi seram lah pindahan wang terlalu mudah ni. Hurmm.

    ReplyDelete
  7. Technology di hujung jari, mudah sangat.

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  9. Betul ke tak perlu ke maybank branch berdekatan? Urusan semua melalui online?

    ReplyDelete
  10. nak tanya, lepas dah berjaya buat current acc tu dan dah deposit 500 melalui saving acc mybnk..dah kira aktif la current acc tu? atau masih kena pegi bak utk aktifkan?

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.