GAJI AWAL BOLEH POKAI?

Pada bulan Mei lepas, penjawat awam terima gaji awal iaitu pada 6 Mei 2021. Awal benar tu! Maklumlah pada 13 Mei dah nak raya.  Ada 38 hari ke depan baru gaji lagi. Kalau tak tahu menguruskan kewangan, pasti makan maggi la lepas raya nanti kerana gaji seterusnya masuk pada 14 Jun. Mujurlah 14 Jun, bukannya 24 Jun! 

Bila gaji kita terima awal, sudah pasti kita belanja diluar kawalan. Kawal gaji kita sekarang sebelum habis pada rim kereta raya.

1. Asingkan 30 - 40% gaji untuk simpanan.

2. Masukkan ke dalam akaun yang tiada kad ATM. Tabung Haji dan ASB kan ada?

3. Buat bayaran pembiayaan awal untuk elak terpakai duit tersebut.

4. Bayangkan saat peritnya duit habis dan kita mula berhutang. Tebal muka beb!

5. Bahagikan mengikut sampul keperluan bulan hadapan. Simpan baik-baik.

6. Banyakkan sedekah kepada masjid dan pusat tahfiz bukan kepada kanak kanak untuk beli bunga api.

7. Mohon bantuan isteri tersayang asingkan, biar dia yang kendalikan. Dulu kita dah lantik dia jadi Gabenor Bank Negara, mesti dah lupa ya! Ehm..

8. Jangan jadi 'buaya', banyak belanja.

Berbelanja jangan sampai jadi menteri. Belanja cara kita yang kerja kuli.

Semoga nasihat ini bermanfaat. Sekian. Terima kasih.

17 Comments

  1. Ya bayar untuk hutang-hutang dahulu. Apapun memang perlu perancangan.

    ReplyDelete
  2. Sedikit atau banyak pendapatan tetap perlu diurus dengan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  3. Betul sangat ni.. kena pandai pasang strategi... menghitung hari 14 jun dah.. hahaha

    ReplyDelete
  4. mmg akan setelkan hutang bulanan dulu hehehe...

    ReplyDelete
  5. Biasanya rabia beri dekat mak ayah . selebihnya simpan

    ReplyDelete
  6. Bahaya jugak kalau gaji masuk terlalu awal . Perancangan saving money kena ada

    ReplyDelete
  7. Tq sharing abam kie!
    jika shida..mmg lunas hutang dulu..lepas msk acc lain utk svg..dan mmg ade sebelahkan utk belanja pakai :)

    ReplyDelete
  8. gabenor bank negara yea hahah

    ReplyDelete
  9. Gunakan duit yang kita telah keluarkan peluhnya.
    Kalau gaji keluar pada hari ke-10, boleh gunakan duit gaji 10 hari itu sahaja. Mudah2an berkat

    ReplyDelete
  10. Memang kena pandai uruskan duit. Setel mana yang patut nak nak bahagian hutang.

    ReplyDelete
  11. Saya ada juga sedikit simpanan, memang saya guna sahaja duit simpanan jika duit gaji tak cukup. Saya kadang berfikir juga, kalau simpan saja banyak-banyak nak buat apa juga kan.. Jadi kalau ada sesuatu nak beli, saya beli saja. Baik belanja sebelum meninggal lagi kempunan. Tapi, simpanan perlu ada sedikit lah, jangan tiada langsung, untuk kecemasan perlu ada.

    ReplyDelete
  12. Mujur gaji bulan ni awal kalau tidak... memang kene asingkan dulu, hutang setelkan jangan dok joli je

    ReplyDelete
  13. Gaji saya setiap bulan sama saja... tak kira nak raya atau nak buka sekolah... Tapi apa-apa pun beringat dan berjimat-cermat lah dalam berbelanja... Simpan walau sedikit...betul tak Abam Kie...?

    ReplyDelete
  14. bila dpt gaji bnyk benda nk settle tu..hehe..kdg trbabas jgk belanja

    ReplyDelete
  15. good info..thanks sharing abam kie

    ReplyDelete
  16. good guideline esp minta isteri semak t abe

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.